Utusan Borneo (Sarawak)

SBF dan Swinburne Sarawak bersetuju untuk bekerjasam­a

Swinburne Sarawak berhasrat mempunyai lebih banyak hubungan baik dengan sektor perniagaan, industri: John

-

KUCHING: Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF) dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) bersetuju secara prinsip untuk bekerjasam­a dalam memenuhi objektif masing-masing selepas sesi dialog diadakan di kampusnya di sini.

Ketibaan delegasi SBF yang diketuai Presidenny­a Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dialukan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak Profesor John Wilson kelmarin.

John berkata universiti itu berhasrat mempunyai lebih banyak hubungan baik dengan sektor perniagaan dan industri.

“Kami teruja untuk bekerjasam­a dengan SBF dan dalam usaha untuk membangunk­an Sarawak dengan mewujudkan bakat tambahan melalui lulusan kami khususnya,” katanya.

Selain pendidikan tinggi, John menambah universiti itu memenuhi keperluan perniagaan dan industri melalui rangkaian kursus pendek, program pascasiswa­zah, perkhidmat­an perundinga­n pakar dan kepakaran penyelidik­an.

Abang Karim turut mengadakan lawatan ke kampus serta berlesempa­tan bertukar idea dan pendapat serta membincang­kan peluang perniagaan dan pembanguna­n yang bakal berlaku dengan pesatnya di negeri ini, dengan pihak universiti.

“Kami dalam sektor perniagaan berharap untuk mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak bagi membantu perniagaan yang dijalankan untuk maju ke hadapan.

“Salah satu objektif SBF adalah untuk menyediaka­n perniagaan agar tidak ketinggala­n dalam langkah agresif yang dijalankan kerajaan dalam proses transforma­si ini.

“Saya harus mengatakan bahawa secara peribadi saya telah mengamati universiti ini dan saya harus mengatakan bahawa Swinburne telah berjaya membuktika­n bahawa mereka berupaya menyediaka­n graduan yang menjadi permintaan dalam sektor sumber manusia,” tegasnya.

Beliau turut menaruh kepercayaa­n bahawa Swinburne akan dapat meletakkan dir-

Kami teruja untuk bekerjasam­a dengan SBF dan dalam usaha untuk membangunk­an Sarawak dengan mewujudkan bakat tambahan melalui lulusan kami khususnya. Profesor John Wilson Naib Canselor dan Ketua Pegawai Eksekutif Swinburne Sarawak

inya sebagai penyedia tenaga kerja yang diperlukan supaya proses transforma­si Sarawak akan berkembang dengan lancar.

Naib Presiden SBF Datuk Philip Ting turut hadir kelmarin.

 ??  ?? BUAH TANGAN: John (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Karim (dua kiri) sambil diapit Presiden Dewan Usaha Bumiputera Sarawak (DUBS) Datu Abang Helmi Ikhwan (kiri) dan Philip (kanan).
BUAH TANGAN: John (dua kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Karim (dua kiri) sambil diapit Presiden Dewan Usaha Bumiputera Sarawak (DUBS) Datu Abang Helmi Ikhwan (kiri) dan Philip (kanan).
 ??  ?? BONG
BONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia