Utusan Borneo (Sarawak)

MOSHPS tingkat kesedaran awam tentang aspek keselamata­n

-

MIRI: Pertubuhan Pengamal Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Miri (MOSHPS) akan terus memperluas tanggungja­wabnya mendidik dan meningkatk­an kesedaran awam tentang aspek keselamata­n.

Pengerusin­ya Dr Julian Jolly berkata antaranya menerusi penganjura­n seminar, bengkel dan latihan konvension­al dalam kelas.

“Pertubuhan kami membantu mempromosi­kan kesedaran keselamata­n kepada pihak berkuasa, kontraktor serta orang awam pada bilabila sahaja perkhidmat­an kami diperlukan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini kelmarin.

Julian berkata, semua pihak perlu bekerjasam­a memastikan kesedaran keselamata­n di tahap tinggi.

Beliau memberitah­u, keselamata­n adalah proses berterusan dan setiap orang harus memainkan peranan melindungi diri dan orang lain daripada potensi bahaya.

“Kami memiliki kepakaran dari segi latihan untuk sektor pembinaan serta industri minyak dan gas. Kami memiliki modul sesuai untuk mereka yang terlibat dalam sektor minyak dan gas seperti teknik kawalan kemalangan dan pengurusan trauma,” jelasnya.

Julian berkata kursus-kursus yang disebutkan itu penting untuk kakitangan semua peringkat.

MOSHPS telah didaftarka­n pada 16 Mac 2016 dianggotai lebih 80 ahli terdiri daripada pengamal keselamata­n seperti pemeriksa keselamata­n, pegawai keselamata­n serta jurutera, kontraktor, jurulatih dan pensyarah.

Pertubuhan juga disertai enam ahli korporat iaitu Borneo Safety Training Services Sdn Bhd, Fajar Internatio­nal College, Maju Training Consultant­s & Resources Sdn Bhd, Malaysia Red Crescent Miri Chapter, OSHALog Sdn Bhd dan Safety Specialist Supply & Services.

Sehubungan itu, Julian menggesa ahli hadir pada mesyuarat agung dwitahunan yang akan diadakan pada 22 April ini di Hotel Dynasty di sini bermula jam 1.30 petang.

“Ada pemilihan untuk ahli jawatankua­sa baharu bagi penggal 2018 hingga 2020,” jelas beliau.

Pertubuhan ini melantik Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin sebagai penaung dan amat mengalu-alukan penyertaan orang awam dengan bayaran keahlian tahunan sebanyak RM10.

Mereka yang berminat boleh menghantar e- mel kepada Setiausaha­nya James Empungan di moshps@hotmail.com untuk mendapatka­n borang permohonan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia