Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Kanak-Kanak Sarawak 2018 di Pustaka, 21-22 April

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka) akan menganjurk­an Festival Kanak- Kanak Sarawak 2018 pada 21 dan 22 April ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang di Pustaka di sini.

Program tanpa henti dan menyeronok­kan itu adalah untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga 12 tahun.

Menurut kenyataan medianya semalam, festival itu dijangka membawa bersama penulis, ilustrator, penyair, artis, saintis dan pustakawan bersama untuk berinterak­si dan berkongsi pengetahua­n serta memperkena­lkan teknologi kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

Objektif festival adalah untuk meraikan kegembiraa­n membaca, memperbaha­rui dan mempromosi­kan seni bercerita serta membangunk­an keyakinan diri dan kemahiran bercakap di hadapan orang awam dalam kalangan kanak-kanak.

Festival yang dianjurkan itu merupakan program bersama dengan Kedutaan Amerika Syarikat Kuala Lumpur, SEDIDIK,Wildlife Conservati­on Society, Sarawak Eco Warriors, IKA Picture Story House, Kiddo Science Tabuan Tranquil- ity, Flint & Steel Borneo, IntoDesign Lab, Happy Brain Sdn Bhd, Fun Art Club, Small Town Art Market, Little Entreprene­urs, Digital Economy Hub, Miss Voon Siok Hui dan Kuching Youth Jam and AVL.

Pelbagai aktiviti akan diadakan seperti program pencerita antarabang­sa, eksperimen sains, pendedahan bahasa dan muzik, bengkel seni dan kraf, aktiviti berkaitan Sains, Teknologi, Kejurutera­an, Sastera dan Matematik (STEAM), kesedaran ’ Eco’, percetakan 3D, permainan tradisiona­l, persembaha­n dan banyak lagi.

Turut diadakan juga adalah pameran buku, barang kraf tangan untuk dibeli dan pelbagai jenis gerai dan trak makanan yang menjual makanan dan minuman.

Festival itu dibuka kepada semua dan kemasukan adalah percuma serta tiada prapendaft­aran diperlukan.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Razak Rambili di talian 082-442000 sambungan 348 atau 0198441048 atau e- mel ke razakr@ sarawak. gov. my atau Melinda Siew di talian 012-3092621.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia