Utusan Borneo (Sarawak)

Pengunjung diajak ke Karnival Kerjaya Bahagian Miri, 21 April

-

KUCHING: Jabatan Tenaga Kerja ( JTK) Sarawak mengajak pencari pekerjaan menghadiri Karnival Kerjaya Bahagian Miri yang akan diadakan pada 21 April mulai jam 8 pagi hingga 5 petang di Permy Mall, Miri.

Menurut kenyataann­ya kelmarin, lebih 20 majikan akan menawarkan lebih daripada 1,000 kekosongan jawatan bagi pencari pekerjaan atau mereka yang mahu melaku- kan peningkata­n kerja.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsun­g adalah temu duga terbuka, pendaftara­n pencari kerja secara online dalam portal JobsMalays­ia, khidmat nasihat perburuhan, pameran agensi- agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia dan pameran serta jualan Projek Komuniti Jem Nanas Bario, Kraftangan 1Malaysia Support For Housewives ( 1MS4HW) dan Wanita Desa Sarawak (WADESA) Miri.

Antara lain program tersebut adalah untuk memudahkan pencari kerja mendapat peluang pekerjaan dan majikan mendapat calon pekerja yang bersesuaia­n secara setempat sewaktu program berlangsun­g.

Majikan akan mengadakan temu duga terbuka sewaktu program tersebut bagi caloncalon yang berminat untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan syarikat majikan.

Justeru, pencari kerja dinasihati agar berpakaian kemas dan membawa resume serta salinan sijil-sijil yang berkaitan semasa temu duga.

Program ini adalah kali kelima anjuran JTK Sarawak, sebuah jabatan di bawah Kementeria­n Sumber Manusia pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia