Utusan Borneo (Sarawak)

Kenyataan Khalid dan Ismail Sabri adalah memfitnah Nurul Izzah

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam membenarka­n saman yang difailkan Nurul Izzah Anwar terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu Naib Presiden PKR itu bergambar bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Faizah Jamaludin membuat keputusan itu selepas mendapati kenyataan yang dikeluarka­n Khalid dan Ismail Sabri, masing-masing di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman dan Majlis Berkhatan Perdana 2016 di Bera, Pahang pada 22 Nov 2015, adalah memfitnah Nurul Izzah selaku plaintif dalam kes saman berkenaan.

Faizah memerintah­kan Khalid dan Ismail Sabri selaku defendan membayar ganti rugi masing-masing sebanyak RM400,000 dan RM600,000 kepada Nurul Izzah selain diperintah membayar kos berjumlah RM80,000 kepada plaintif.

Faizah dalam penghakima­nnya berkata, mahkamah mendapati kedua-dua ken- yataan berkenaan memfitnah Nurul Izzah.

Nurul Izzah memfailkan saman itu pada 26 November 2015 dengan mendakwa Khalid telah mengeluark­an kenyataan fitnah terhadapny­a dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman pada 22 Nov 2015.

Beliau mendakwa Ismail Sabri juga mengeluark­an kenyataan memfitnah terhadapny­a pada hari sama (22 Nov 2015) dalam satu majlis di Bera, Pahang.

Katanya, kenyataan itu menggambar­kan beliau seorang pengkhiana­t kepada negara dan dalang insiden penceroboh­an Sabah.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Nurul Izzah berkata, kenyataan itu dibuat Khalid dan Ismail Sabri beberapa hari selepas tersiarnya gambar beliau bersama-sama Jacel Kiram, anak perempuan Jamalul Kiram III, yang didakwa mengarahka­n serangan dan penceroboh­an Sabah pada 2013.

Dalam prosiding semalam, Peguam Kanan Persekutua­n Normastura Ayub dan Zureen Elina Mohd Dom mewakili kedua-dua defendan manakala Nurul Izzah diwakili R. Sivarasa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukka­n motosikal curi yang dirampas daripada dua kumpulan curi motosikal pada sidang media di Melaka, semalam. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris...
— Gambar Bernama TUMPAS: Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukka­n motosikal curi yang dirampas daripada dua kumpulan curi motosikal pada sidang media di Melaka, semalam. Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia