Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Melaka tumpas geng curi motosikal tiga negeri

-

MELAKA: Polis Melaka berjaya menumpaska­n dua geng curi motosikal yang aktif melakukan jenayah berkenaan di negeri ini, Pahang dan Kedah dengan penahanan sembilan lelaki dan seorang wanita.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, geng yang dikenali sebagai ‘ Geng Firdaus Bachang’, aktif di negeri ini dan Pahang, serta ‘Geng Ah Seng Paya Mengkuang’, aktif di negeri ini dan Kedah, dikesan aktif melakukan jenayah curi motosikal sejak akhir tahun lepas.

Beliau berkata, tangkapan melibatkan lapan ahli Geng Firdaus Bachang yang dianggotai tujuh lelaki dan seorang wanita berusia antara 19 hingga 30 tahun di sekitar negeri itu dan Bentong, Pahang antara 12 Mac hingga 9 April lepas.

“Tangkapan pertama Geng Firdaus Bachang melibatkan dua lelaki termasuk ketua kumpulan itu yang dikenali sebagai Firdaus dan berasal dari Bachang (di sini) berusia 25 tahun pada 12 Mac kirakira 4.45 petang.

“Susulan tangkapan berkenaan enam lagi anggota kumpulan itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita ditahan secara berasingan di sekitar daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah bermula 12 Mac hingga 9 April lepas,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, ketua geng berkenaan baru dibebaskan dari Penjara Sungai Udang pada 24 Dis tahun lepas atas kesalahan mencuri motosikal, selain mempunyai empat rekod lampau masingmasi­ng dua kes curi motosikal dan dadah.

Beliau berkata, tiga motosikal, enam rangka motosikal, satu enjin motosikal dan sebuah kereta dipercayai hasil jenayah curi yang dilakukan dirampas daripada anggota kumpulan tersebut dan pihaknya percaya 23 kes motosikal termasuk yang dicuri dari Bentong, Pahang dapat diselesaik­an.

Katanya, pihaknya sedang mengesan dua lagi anggota kumpulan tersebut termasuk seorang lelaki berusia 27 tahun yang beralamat terakhir di Pokok Mangga di sini.

Sementara itu, beliau berkata, dua anggota Geng Ah Seng Paya Mengkuang termasuk ketua kumpulanny­a dikenali sebagai Ah Seng dari Paya Mengkuang, Masjid Tanah yang berusia 32 tahun ditahan di Taman Paya Meng- kuang pada 2.50 petang pada 29 Mac lepas.

Beliau berkata, geng curi motosikal berkenaan aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar daerah Alor Gajah, Melaka Tengah dan Pendang, Kedah melibatkan 12 kes selain dipercayai turut terlibat dalam satu kes pecah rumah di Melaka.

“Sebanyak 11 motosikal dirampas daripada kumpulan berkenaan dan mereka dikesan menyembuny­ikan motosikal yang dicuri di kawasan ladang babi, ladang kelapa sawit dan kawasan industri di sekitar daerah Alor Gajah bagi mengelak dikesan pihak polis,” katanya.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya sedang mengesan dua lagi lelaki anggota kumpulan berkenaan, masingmasi­ng berusia 27 tahun yang beralamat terakhir di Taman Pahlawan, Sungai Udang dan berusia 31 tahun yang beralamat terakhir di Taman Sri Aman, Masjid Tanah.

Katanya, dua kumpulan berkenaan mencuri motosikal untuk dileraikan sebelum menjualnya kepada pihak tertentu dan pihak polis sedang menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengenal pasti pihak terlibat untuk membantu siasatan lanjut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia