Utusan Borneo (Sarawak)

Pencabul bersiri akhirnya dicekup

-

MARANG: Seorang juruteknik ditahan kerana disyaki mencabul 13 pelajar serta merakamkan perbuatan itu dalam telefon bimbitnya di lapan buah sekolah di daerah ini dan tiga buah sekolah di Kuala Terengganu sejak tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata, suspek berusia 20 tahun ditahan di rumahnya di sini pada 27 Mac lalu selepas polis menerima aduan daripada seorang guru pada hari berkenaan.

Beliau berkata, guru berkenaan membuat laporan polis apabila seorang pelajar tahun dua mengadu kepadanya bahawa beliau dicabul oleh seorang lelaki ketika berada di kawasan sekolah.

Hasil siasatan lanjut terhadap suspek, katanya, polis merampas dua buah telefon bimbit yang mengandung­i 15 rakaman video yang diambil suspek sendiri ketika mencabul pelajar sekolah.

“Susulan itu, kita mula mengenal pasti mangsamang­sa yang terlibat dan kenal pasti ibu bapa serta menyaranka­n agar mereka membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, di sini semalam.

Fazlisyam berkata sasaran suspek adalah terhadap pelajar perempuan berusia lapan hingga 12 tahun yang sedang menunggu diambil ibu bapa setelah tamat waktu persekolah­an dan suspek menggunaka­n alasan untuk bertanya arah sebelum meminta pelajar tersebut menunjukka­n kawasan kepadanya.

“Suspek cuba memancing pelajar tersebut dengan meminta menunjukka­n tandas dan bertindak mencabul mangsa di tandas.

“Setakat ini 13 mangsa tampil membuat laporan polis dengan 10 daripada mereka adalah pelajar daripada lapan sekolah di daerah Marang dan tiga pelajar daripada tiga sekolah di Kuala Terengganu,” katanya.

Katanya, suspek telah melakukan kegiatan tersebut sejak tahun lepas dan suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait dengan kes penceroboh­an rumah.

Sehingga kini sebanyak 14 kertas siasatan telah dibuka terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 5, 14 (B), 14 (D) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntu­kan hukuman 20 hingga 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Justeru, beliau meminta ibu bapa supaya lebih peka terhadap keselamata­n anakanak mereka serta pihak sekolah perlu memperketa­tkan kawalan keselamata­n semasa dan selepas waktu persekolah­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia