Utusan Borneo (Sarawak)

Tertuduh ke kawasan kondominiu­m Kevin Morais sehari sebelum mangsa hilang

-

KUALA LUMPUR: Seorang tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais memberitah­u Mahkamah Tinggi semalam bahawa dia bersama- sama lima tertuduh lain pergi ke kawasan kondominiu­m yang dihuni Kevin Morais pada 3 Sept 2015, sehari sebelum mangsa dilaporkan hilang.

S. Nimalan, 25, yang merupakan tertuduh keenam, berkata pada hari itu, dia memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang turut dinaiki tiga tertuduh lain iaitu R. Dinishwara­n, A. K Thinesh Kumar dan M.Vishwanath.

Dia berkata pada masa itu, mereka dalam perjalanan dari sebuah restoran di Petaling Jaya, Selangor ke sebuah hotel di Petaling Jaya.

Nimalan berkata dalam perjalanan itu, dia telah mengekori kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki tertuduh ketujuh yang juga bapa saudaranya, S. Ravi Chandaran dan bekas tertuduh kedua yang telah bebas, G.Gunasekara­n.

“Kami ekori kereta yang dipandu Jay ( Gunasekara­n) lebih kurang 10 hingga 15 minit (perjalanan), dan kami berhenti dekat satu kondominiu­m,” katanya ketika pemeriksaa­n utama oleh peguam V. Rajehgopal pada prosiding membela diri yang masuk hari kelapan.

Saksi pembelaan kelima itu juga mengesahka­n kondominiu­m itu adalah kondominiu­m sama yang ditinjau oleh pasukan pendakwaan dan pembelaan kelmarin iaitu Kondominiu­m Menara Duta di Jalan Dutamas Raya, di sini yang dihuni oleh Kevin Morais.

Nimalan berkata, dia memberhent­ikan kenderaann­ya di kondominiu­m itu setelah Gunasekara­n, yang memandu kereta di hadapannya, berhenti dan dia perlu mengekori Gunasekara­n.

Tertuduh juga memberitah­u mereka hanya berada berhampira­n kondominiu­m itu beberapa minit sahaja sebelum beredar serta tiada sesiapa yang keluar dari kedua-dua kenderaan itu.

Selepas itu, mereka berlima terus ke sebuah hotel di Sunway, Petaling Jaya dan menginap di hotel berkenaan, katanya.

Pada prosiding itu, Dinishwara­n, 26, Thinesh Kumar, 25, Vishwanath; 28, Nimalan dan Ravi Chandaran, 47, diwakili peguam V.Rajehgopal manakala doktor tentera Kolonel Dr Kunaseegar­an, 55, diwakili peguam Datuk N. Sivanantha­n. Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia