Utusan Borneo (Sarawak)

Geng Ah Seng aktif mencuri di lombong tinggal tumpas

-

LIPIS: Polis menahan lima lelaki dipercayai anggota kumpulan Ah Seng yang aktif mencuri komponen jentera di kawasan lombong emas tinggal sekitar daerah ini, sejak dua tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azry Akmar Ayob berkata suspek yang berumur antara 31 dan 50 tahun dan berasal dari Kechau serta Benta di sini itu adalah pekerja lombong dan bekerja kampung.

Katanya, suspek pertama yang ditahan ialah ketua kumpulan itu yang berumur 39 tahun di sebuah rumah di sini pada 9 April, yang kemudianny­a membawa kepada penahanan anggota kumpulan itu hingga 11 April lepas.

“Soal siasat ke atas sus- pek membawa ke sebuah rumah burung di Kampung Seberang Jelai di sini yang digunakan untuk menyimpan semua komponen jentera yang dicuri, dianggarka­n bernilai sekitar RM119,000.

“Kesemua komponen itu dipercayai dicuri untuk dijual sebagai alat ganti kerana semuanya bernilai tinggi dalam pasaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Lipis di sini, semalam.

Azry Akmar berkata setakat ini, suspek dipercayai terlibat dalam tujuh kes kecurian, melibatkan kerugian RM83,000 dan pihaknya memohon mereka yang kehilangan komponen jentera tampil bagi membantu siasatan.

Beliau juga mengesahka­n semua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau melibatkan pelbagai kesalahan manakala tiga daripadany­a didapati positif dadah.

Semua suspek direman hingga hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A(1) Kanun keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

“Polis memohon pengusaha lombong untuk tidak meninggalk­an jentera mereka terlalu lama selepas menamatkan kerja- kerja melombong kerana tindakan itu membuka peluang kepada kegiatan jenayah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia