Utusan Borneo (Sarawak)

Isteri, dua anak tertuduh miliki RM1.5 juta dalam akaun TH

-

KUALA LUMPUR: Bukubuku akaun Lembaga Tabung Haji (TH) yang mengandung­i simpanan berjumlah RM1,503,401.74 milik isteri dan dua anak bekas pegawai kanan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dikemukaka­n di Mahkamah Sesyen semalam sebagai barang bukti pada perbicaraa­n kes lelaki itu, yang menghadapi 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukak­an tuntutan palsu membabitka­n RM38.4 juta.

Ketiga-tiga buku akaun TH itu dikemukaka­n oleh Ketua Penolong Kanan Penguasa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Asmawi A/ L Kulup Lam ketika pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM Amer Abu Bakar Abdullah pada perbicaraa­n kes itu.

Asmawi, yang merupakan saksi pendakwaan ke- 49, berkata berdasarka­n buku akaun TH milik Mastura Annuar, 58, (isteri Otman), wanita itu didapati mempunyai simpanan sebanyak RM1,320,641.31 dan transaksi kali terakhir ialah pada 21 Februari 2016.

“Sementara itu, dua lagi buku akaun Tabung Haji milik anak Otman masingmasi­ng mempunyai simpanan sebanyak RM91,282.32 dan RM91,479.10 dengan transaksi akhir pada 21 Februari 2016,” katanya yang turut mengemukak­an seutas tasbih mutiara putih sebagai barang bukti.

Pada prosiding di sebelah pagi, Asmawi mengemukak­an dua keping invois pembelian dua utas jam tangan mewah jenama Cartier iaitu model Ballon Bleu De Cartier yang berharga RM105,000 dan model Rotonde Astrotourb­illon yang berharga RM432,000 dengan keduadua jam itu masing-masing dibeli pada 2 Januari 2011 dan 7 Januari 2012.

Turut dikemukaka­n sebagai barang bukti ialah sijil pengesahan gambar panorama berbingkai bertajuk ‘Tree of Serenity’, 32 butir butang Baju Melayu yang antaranya adalah dari Itali serta dan dua ‘watch winder’ jenama Richard Mille.

Pada 21 April 2016, Otman, 59, yang diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, didakwa atas 64 pertuduhan menerima wang berjumlah RM16,623,000 hasil kegiatan haram dalam akaun Maybank, RHB dan CIMB Berhad melalui cek antara 7 Mac 2012 hingga 11 Dis 2015.

Selain Otman, pengarah syarikat pembekal barangan sukan di bawah KBS, Abdul Gafar Abdurahima­n, 44, dan isterinya Siti Rohanah Hussien, 44, suri rumah, masing-masing berdepan 63 pertuduhan memindahka­n wang berjumlah RM15,723,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram menerusi 63 transaksi dari akaun bank tiga syarikat milik mereka ke akaun bank milik Otman bagi tempoh masa yang sama.

Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa lokasi berbeza antaranya RHB Bank cawangan Presint 8, Putrajaya, Menara Maybank Jalan Tun Perak dan Maybank Jalan Raja.

Otman, Abdul Gafar dan Siti Rohanah didakwa mengikut Seksyen 4( 1)( a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga didakwa mengikut Seksyen 4( 1)( b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 ( AMLATFAPUA­A) yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun atau boleh juga didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Abdul Gafar dan Siti Rohanah diwakili peguam Datuk Seri Jahaberdee­n Mohamed Yunoos.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia