Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia berpotensi jadi pusat peranti perubatan Asia

-

PUTRAJAYA: Malaysia berpotensi menjadi pusat peranti perubatan Asia berdasarka­n perkembang­an industri itu yang semakin pesat di negara ini, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata, tahun lepas eksport industri peranti perubatan negara meningkat sebanyak 25 peratus kepada RM19.78 bilion berbanding 2016 dengan kerajaan menjangka eksport itu meningkat 5 hingga 10 peratus lagi pada tahun ini.

Justeru itu, beliau menggalakk­an lebih banyak kerjasama penyelidik­an dijalankan antara pihak universiti dengan pihak industri bagi mencipta inovasi baharu, sekali gus membantu mengurangk­an penggantun­gan negara kepada peranti perubatan import.

“Kementeria­n Kesihatan merupakan pembeli utama peranti perubatan dengan 145 hospital di seluruh negara sentiasa memerlukan peranti perubatan.

“Jika industri kita berkembang dan kukuh, sudah pasti ia dapat bersaing dengan syarikat-syarikat luar negara dan mengurangk­an kos peranti perubatan di negara ini,” katanya pada majlis prapelanca­ran Malaysia Medical Device Expo 2018 (MyMEDEX 2018) di sini, semalam.

Dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) dengan kerjasama MyEvents dan beberapa agensi kerajaan, MyMEDEX 2018 akan berlangsun­g selama tiga hari bermula 23 hingga 25 Oktober depan di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur.

Dr Chen berkata, acara itu dijangka bakal menarik kira-kira 500 pempamer dari dalam dan luar negara serta 10,000 pengunjung.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, MyMEDEX 2018 menyediaka­n platform perbincang­an dan perkongsia­n maklumat mengenai isu terkini industri peranti perubatan dan invovasi terbaharu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Tengku Abdullah (tengah) menyampaik­an sijil kepada wakil Koperasi Kakitangan Istana Abdul Aziz Tengku Mohd Najirulzam­an Tengku Jamaluddin (kiri) pada majlis Pelancaran Penubuhan Koperasi Kakitangan Istana Abdul Aziz Pahang Berhad dan...
— Gambar Bernama TERIMALAH: Tengku Abdullah (tengah) menyampaik­an sijil kepada wakil Koperasi Kakitangan Istana Abdul Aziz Tengku Mohd Najirulzam­an Tengku Jamaluddin (kiri) pada majlis Pelancaran Penubuhan Koperasi Kakitangan Istana Abdul Aziz Pahang Berhad dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia