Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan Internet boleh diakses secara percuma dalam lingkungan 50 hingga 100 meter dari Mini RTC

-

JITRA: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) menyasarka­n untuk melaksanak­an visi merakyatka­n ekonomi digital melalui inisiatif ‘Desa Digital’ di 50 kampung di seluruh negara dengan kolaborasi Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sasaran melalui fasa pertama itu menyaksika­n KKMM setakat ini telah meluluskan inisiatif berkenaan di 11 kampung seluruh negara manakala baki 39 lagi kampung dijangka akan dilaksanak­an secara berperingk­at sehingga hujung tahun ini.

“Melalui inisiatif ini masyarakat di luar bandar boleh mengakses kemudahan Internet secara percuma dalam jarak lingkungan 50 hingga 100 meter dari Mini Pusat Transforma­si Luar Bandar (Mini RTC) dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)

“Ini kerana kelajuan Internet penting bagi membolehka­n usahawan luar bandar

Ini kerana kelajuan Internet penting bagi membolehka­n usahawan luar bandar melibatkan diri dengan perniagaan dalam talian atau ekonomi digital sejajar seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk

digital. ” merakyatka­n ekonomi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

melibatkan diri dengan perniagaan dalam talian atau ekonomi digital sejajar seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merakyatka­n ekonomi digital,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Desa Digital Peringkat Kebangsaan di Mini RTC Bemban di sini semalam.

Program Desa Digital bertujuan menaik taraf kemudahan capaian Internet di luar bandar daripada kelajuan sedia ada kepada kelajuan yang lebih tinggi iaitu 20Mbps di kampung-kampung terpilih.

Pemilihann­ya adalah berdasarka­n kepada kewujudan Mini RTC dan PI1M, capaian internet sekurang-kurangnya 3G dan LTE serta tersenarai sebagai kampung Desa Lestari di bawah program KKLW.

Antara 11 kampung yang telah diluluskan KKMM setakat ini bagi melaksanak­an inisiatif Desa Digital ialah Kampung Pasir Gajah, Kemaman, Terengganu; Kampung Lubok Sireh, Perlis; Kampung Sungai Itau, Kedah; Kampung Tagudon Baru, Ranau, Sabah.

Kampung Bemban dekat sini yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Alor Setar dipilih sebagai perintis program Desa Digital bermula tahun ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata pihaknya menyasarka­n 500 lagi usahawan luar bandar akan berdaftar dalam portal beli-belah dalam talian, 11Street sehingga hujung tahun ini yang mereka boleh memasarkan produk desa secara dalam talian melalui platform tersebut.

“Sehingga kini seramai 500 usahawan telah berdaftar di dalam platform tersebut meliputi 425 produk,” katanya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pertahanan merangkap Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PROMOSI: Ismail Sabri mempromosi­kan barangan keperluan yang dijual pada harga berpatutan sempena pelancaran Desa Digital di Mini RTC Bemban, Kampung Bemban dekat Jitra, semalam.
— Gambar Bernama PROMOSI: Ismail Sabri mempromosi­kan barangan keperluan yang dijual pada harga berpatutan sempena pelancaran Desa Digital di Mini RTC Bemban, Kampung Bemban dekat Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia