Utusan Borneo (Sarawak)

Koperasi diseru bantu bangunkan semula KR1M 2.0

-

KUANTAN: Semua koperasi di negara ini disaran supaya merebut peluang menyertai agenda kerajaan untuk membangunk­an semula program Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0).

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu dapat membantu merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk membangunk­an sebanyak 3,000 KR1M 2.0 menjelang 2020.

“Saya juga mengharapk­an koperasi yang baharu ditubuhkan termasuk Koperasi Pegawai- Pegawai Masjid Negeri Pahang Berhad dan Koperasi Kakitangan Istana Abdul Aziz Pahang Berhad menggunaka­n platfom itu untuk memperting­katkan ekonomi anggota dengan menceburi bidang berk- enaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran dua koperasi berkenaan yang disempurna­kan perasmiann­ya oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h serta Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Dalam pada itu, Hamzah memberitah­u, pada 2017 sektor koperasi mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak RM40 bilion dengan 13,900 koperasi berdaftar yang membabitka­n keanggotaa­n seramai 6.55 juta orang.

“Modal syer berjumlah RM14.34 bilion dan aset bernilai RM139.68 bilion,” katanya.

Hamzah berkata, daripada jumlah koperasi berdaftar di seluruh negara, sebanyak 410 koperasi adalah koperasi masjid membabitka­n 28,858 keahlian.

Sementara itu Pengarah Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Pahang Ibrahim Kasah memberitah­u pemberita bahawa setakat 31 Disember 2017, terdapat sebanyak 1,106 koperasi di seluruh Pahang dengan bilangan anggota sebanyak 292,113 orang.

Katanya, jumlah modal syer dan yuran koperasi tersebut adalah RM228.3 juta dengan aset keseluruha­n mencapai RM1.59 bilion, manakala nilai perolehan adalah RM723.4 juta.

“Koperasi tersebut terlibat dalam pelbagai bidang termasuk pembinaan, pengangkut­an, pengguna, perindustr­ian dan perkhidmat­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGGALAKK­AN: Baharom (dua kiri) menunjukka­n koleksi barang kemas pada gimik perasmian Pembukaan Premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kota Bharu di Bandar Satelit, Pasir Tumboh dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama MENGGALAKK­AN: Baharom (dua kiri) menunjukka­n koleksi barang kemas pada gimik perasmian Pembukaan Premis Ar Rahnu Tekun Nasional Cawangan Kota Bharu di Bandar Satelit, Pasir Tumboh dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia