Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 50 peratus daripada 1,500 berita palsu disiasat

-

CYBERJAYA: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang menyiasat lebih 50 peratus daripada keseluruha­n 1,500 berita palsu yang dijawab menerusi portal sebenarnya.my.

Ketua Pegawai Operasi MCMC Datuk Dr Mazlan Ismail berkata, daripada jumlah tersebut, suruhanjay­a itu telah mendakwa 40 individu dengan 99 peratus daripada mereka adalah rakyat Malaysia yang menetap di dalam negara dan selebihnya tinggal di luar negara.

“Daripada 40 individu itu, hanya 10 orang yang telah dihukum di mahkamah berikutan proses pendakwaan memakan masa yang lama,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Malaysia ICT Volunteer (MIV) di Universiti Multimedia (MMU) di sini, semalam.

Mazlan berkata, MCMC juga tidak menolak kemungkina­n adanya ‘kilang’ bagi menghasilk­an berita palsu di negara ini susulan pemerhatia­n suruhanjay­a itu terhadap trend serangan berita terbabit.

“Kebanyakan­nya menyerang agensi kerajaan seperti yang berkaitan dengan Islam, orang Melayu dan syarikatsy­arikat berkaitan kerajaan (GLC). Seperti ada dalang di belakangny­a,” katanya.

Mazlan berkata, MCMC bagaimanap­un menghadapi kesukaran dalam mengesan pihak pertama yang menyebarka­n berita palsu terbabit memandangk­an kira-kira 30 peratus daripada kes tersebut menggunaka­n akaun media sosial palsu.

“Ada akaun apabila dah tular (berita palsu), ia akan tutup serta- merta macam perang gerila. Bila kita semak dengan platform seperti Facebook dan sebagainya, akaun itu sudah tiada,” katanya.

Ditanya mengenai penguatkua­saan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 (Akta 803), Mazlan berkata buat masa ini, pendakwaan masih tidak dapat dijalankan mengikut akta itu.

“Banyak yang perlu dimuktamad­kan termasuk koordinasi antara agensi terlibat dari segi prosedur operasi standard dan sebagainya. Selepas itu, baharu kita boleh kuat kuasakan,” jelasnya.

Mazlan berkata, buat masa ini, pendakwaan dibuat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 233). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia