Utusan Borneo (Sarawak)

Lima Kolej Komuniti baharu agenda TVET untuk lepasan SPM

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan Tinggi meluluskan penubuhan lima buah kolej komuniti baharu iaitu di Bachok, Kelantan; Keningau dan Tuaran di Sabah; Kuala Selangor di Selangor serta Dungun, Terengganu.

Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pembinaan kolej komuniti baharu itu akan membuka lebih banyak peluang pembelajar­an kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf yang berminat dan berkelayak­an untuk menyambung pengajian mereka.

“Penubuhan ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuka peluang dan akses kepada pendidikan TVET untuk masyarakat setempat serta peluang untuk pembelajar­an sepanjang hayat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Idris berkata, penawaran kursus berasaskan Revolusi Industri Keempat (4IR) juga bersesuaia­n dengan strategi bagi menarik pelabur asing datang ke Malaysia dan ia akan membantu meningkatk­an lagi kebolehpas­aran graduan kolej komuniti dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, kebolehpas­aran graduan kolej komuniti menunjukka­n peningkata­n sebanyak enam peratus, menjadi 97.2 peratus berbanding 91.2 peratus pada 2013.

Peningkata­n itu adalah bukti kemajuan pendidikan kemahiran yang ditawarkan di kolej komuniti seiring dengan agenda TVET yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia