Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan RM547.9j bagi 127 projek pembanguna­n luar bandar

-

SUNGAI PETANI: Sejak 2016, sejumlah RM547.9 juta telah diperuntuk­kan untuk melaksanak­an 127 projek pembanguna­n luar bandar di negeri ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antara projek yang mendapat peruntukan terbesar adalah meningkatk­an kemudahan jalan luar bandar membabitka­n lima projek bernilai RM135 juta selain tujuh projek bekalan air luar bandar dengan peruntukan keseluruha­n berjumlah RM50.7 juta.

“Lima projek jalan luar bandar itu membabitka­n projek jalan tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin di Kuala Muda sebanyak RM38 juta, menaik taraf jalan Padang Sera/Siputeh di Kubang Pasu (RM15 juta), membina jalan dan jambatan baharu Alor Ganu/Alor Madi/Titi Gajah di Kota Setar (RM40 juta).

“Jalan dari Kampung Sungai Batu/ Kampung Sungai Pasir/Ladang Dublin di Bandar Baharu (RM40 juta) serta membaiki kerosakan jambatan kayu (digantikan dengan membina jambatan baharu) di Kampung Pantai Prai, Mukim Sidam Kiri di Kuala Muda (RM2 juta).

“Selain itu, ada juga projek kecil untuk bekalan air luar bandar yang melibatkan kos RM7.2 juta,” katanya selepas melancarka­n majlis pecah tanah projek jalan tepi Sungai Muda dari Simpang Pokok Machang ke Kuala Sin di Bukit Selambau dekat sini semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Penerangan, Pembanguna­n Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri Datuk Mohd Tajudin Abdullah serta Pengerusi Jawatankua­sa Pendidikan, Pengangkut­an dan Badan Bukan Kerajaan negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Bagi program lampu jalan kampung pula, Ismail Sabri berkata sebanyak 10,723 unit lampu yang terdiri daripada 593 unit jenis diode pancaran cahaya (LED) dan 10,130 unit jenis lampu sodium tekanan tinggi (HPSV) telah berjaya dipasang di kawasan luar bandar di seluruh negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia