Utusan Borneo (Sarawak)

Budiman: Masalah penduduk di hatinya

-

KUALA LUMPUR: Budiman Mohd Zohdi, yang lahir dan membesar di Sungai Besar, Selangor, tidak pernah kering idea untuk mencari ruang bagi memperting­katkan keselesaan dan taraf hidup masyarakat setempat.

Penyandang kerusi Parlimen Sungai Besar, yang baharu sahaja menyambut hari ulang tahun kelahirann­ya yang ke-46 pada 11 Mac lepas berkata beliau sentiasa mengamalka­n pendekatan berbeza untuk menyalurka­n pelbagai bantuan dan perkhidmat­an yang diperlukan oleh penduduk kawasan parlimenny­a.

“Contohnya, saya mengadakan ambulans peribadi yang membantu membawa orang kampung yang mempunyai masalah kenderaan untuk mendapatka­n rawatan di hospital, selain mewujudkan perkhidmat­an pinjaman katil hospital.

“Saya sedar harganya bukan murah apatah lagi jika diperlukan dengan kadar segera. Setakat ini kita telah mempunyai 70 katil untuk pinjaman,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, semalam.

Budiman, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sungai Besar pada Jun 2016 berikutan kematian penyandang­nya Allahyarha­mah Tan Sri Noriah Kasnon, yang juga daripada BN.

Budiman yang berhadapan dengan pertanding­an tiga penjuru, iaitu daripada calon PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH), memperoleh majoriti 9,191 undi, sekali gus mengatasi jauh majoriti 399 undi yang diperoleh Allahyarha­m Noriah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013.

Beliau yang aktif dalam kegiatan bukan kerajaan berkata amalan politik ‘ khidmat bakti’ dengan tagline ‘Terbukti Bekerja’ yang dilakukann­ya selama ini ternyata mendapat respons yang baik daripada penduduk Sungai Besar.

Menyentuh mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei ini, Budiman berkata beliau yakin formula 2P iaitu polisi dan personalit­i yang diperjuang­kannya selama dua tahun menjadi wakil rakyat di kawasan itu mampu memberikan ‘hasil’ yang baik.

Bagaimanap­un, beliau tidak menafikan cabaran buatnya nanti adalah 8,000 pengundi luar yang akan pulang mengundi di Sungai Besar.

Bagaimanap­un, beliau percaya usahanya yang sentiasa aktif di media sosial dan sentiasa berhubung dengan pengundi Sungai Besar yang berada di luar kawasan mampu membantuny­a mengurangk­an jurang komunikasi secara bersemuka.

“Semua pilihan raya mencabar tetapi berdasarka­n persiapan dan khidmat bakti yang telah kita buat, pada saya ini dinilai oleh rakyat dengan sewajarnya,” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia