Utusan Borneo (Sarawak)

Tok Mun akui BN sukar dikalahkan

-

REMBAU: ‘Amanat bapa’ yang menasihati Tee Kah Yak untuk terus memilih Barisan Nasional (BN), tetap kuat menjadi peganganny­a sehingga ke hari ini.

Mengimbau kembali amanat bapanya itu suatu ketika dahulu, Tee, 77, berkata bapanya berpesan: “Mesti pilih dacing, hanya dacing boleh jaga negara... negara tak gaduh, kita boleh cari makan.”

“Sejak dari kecil lagi, mendiang bapa saya sering memberitah­u betapa bertuahnya (kita) berada di bumi Malaysia di bawah pimpinan BN, kerana rakyat senang mencari rezeki. Mereka (BN) kerja banyak kuat dan selalu turun kawasan tengok rakyat.

“Daripada dulu lagi saya memang berpuas hati dengan (prestasi) BN,” katanya kepada Bernama di sini.

Oleh kerana amat berpuas hati dengan khidmat dan prestasi yang dipamerkan BN, warga emas itu sanggup menjadi sukarelawa­n pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) “Saya akan tolong BN. Pagi, petang, siang dan malam, tolong gerak kerja BN untuk pastikan kemenangan. Kalau mereka nak saya bancuh air, pun saya akan buat,” katanya.

Tee yang mengusahak­an kedai kopi di Pedas, Rembau, telah tinggal lebih 37 tahun di kawasan itu bersama isterinya yang berusia 68 tahun dan seorang anak lelaki.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan K. Kalaselvan, 59, berkata beliau juga akan bersama- sama turun membantu berkempen untuk memastikan BN pada PRU14. — Bernama KUALA TERENGGANU: Bekas calon Bebas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) dan PRU13 bagi Parlimen Kuala Terengganu, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun, 99, mengakui Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti gabungan yang kuat dan sukar dikalahkan.

“Dacing (logo BN) ni memang kuat sungguh. Memang susoh (sukar) nak kalahkan dacing. PAS pun dok (tidak) kuat macam Barisan,” itu pengakuan Tok Mun kerana menurutnya kerajaan BN sentiasa melaksanak­an pelbagai program bagi menjaga kebajikan rakyat.

“Dacing banyak bagi bantuan kepada orang kampung...sebab tu ramai orang sokong dia (BN),” katanya ketika ditemui Bernama di kediamanny­a di Kampung Atas Tol di sini.

Meskipun beliau terangtera­ngan tidak menyokong parti tersebut, Tok Mun berkata beliau turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan dan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M) yang disalurkan kerajaan BN.

“Bulan-bulan (setiap bulan) Tok dapat RM200. Tahun lepas Tok boleh (dapat) BR1M, tahun ni Tok dok tahu boleh ke dok sebab tak ‘check’ (semak) lagi,” katanya yang tinggal berseorang­an.

Sejarah penglibata­n Tok Mun sebagai calon Bebas pada PRU12 dan 13 pernah menggempar­kan seluruh negara malah mendapat liputan media antarabang­sa apabila berjaya ‘memecah undi’ tokoh PAS pada PRU12, iaitu Mohamad Sabu.

Dalam pertanding­an tiga penjuru itu, selain Maimun dan Mohamad, calon BN iaitu Datuk Razali Ismail menang tipis dengan majoriti 628 undi.

Maimun yang hilang wang pertaruhan memperoleh 685 undi manakala Razali menang dengan 32,562 undi sementara Mohamad meraih 31,934 undi.

Pada PRU13 pula, Maimun yang mencabar calon BN Datuk Mohd Zubir Embong dan calon PAS, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad di Parlimen yang sama, sekali lagi hilang wang pertaruhan apabila hanya meraih 182 undi. Kerusi itu dimenangi Raja Kamarul Bahrin yang kini memimpin Parti Amanah Negara di negeri ini.

Ditanya sama ada beliau akan bertanding lagi pada PRU kali ini, warga emas yang masih bertenaga namun mengalami masalah pendengara­n dan penglihata­n itu berkata beliau mungkin tidak dapat turut serta menjadi calon kali ini berikutan kekangan kewangan.

“Tok rasa rasa dok leh (tidak boleh) tanding dah kali ni. Bukan tak mboh (tak nak) tanding, tapi Tok tak dok pitih (wang). Kalu (Kalau) nak tanding, kurang-kurang (sekurang-kurangnya) nak kena ada RM30,000... nak bayar deposit, tepek (tampal) poster, nak pakai duit belaka (semua).

“Ramai jugak orang suruh Tok tanding, tapi kali ni memang tak dok pitih...kalau ada orang sudi bayar, Tok tanding la, tapi Tok tak mboh guna dah simbol dulu (kunci), Tok nak guna simbol istana pulak sebab kalau guna simbol lain, memang Tok kalah... orang lama-lama suruh Tok guna simbol bulan bintang, tapi dulu SPR (Suruhanjay­a Pilihan Raya) tak bagi,” katanya.

Tok Mun yang dahulunya berkempen dengan berbasikal kini memiliki sebuah kereta Kancil namun hanya menggunaka­n kereta itu dengan bantuan anak saudaranya sebagai pemandu.

“Tok tak pandai nak bawak (memandu) kereta, lesen pun tak dok. Kalau nak gi (pergi) mana-mana Tok mintak tolong anak saudara, tok beri pitih ke dia sikit.

“Lening (sekarang) memang jarang la Tok gi manamana, nak gohek (kayuh) basikal, dok rok (tak larat) dah. Tok bukan muda lagi, takut jatuh kalau naik basikal,” katanya yang masih aktif menjaja kain batik dan kain pasang dari rumah ke rumah bagi menampung perbelanja­an seharian.

Ditanya petua dan rahsianya yang kekal cergas, Tok Mun berkata beliau tidak mengamalka­n apa-apa petua, tetapi sangat mementingk­an penjagaan pemakanan sejak usia muda.

“Tok dok makan benda mengarut, kalau masak sayur, Tok akan rebus dahulu... memang Tok jaga makan je, bukan macam orang muda sekarang... semua benda makan,” katanya.

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK BERTANDING: Maimun atau lebih dikenali Tok Mun ditemubual Bernama ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu semalam.
— Gambar Bernama TIDAK BERTANDING: Maimun atau lebih dikenali Tok Mun ditemubual Bernama ketika ditemui di kediamanny­a di Kampung Atas Tol, Kuala Terengganu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia