Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada halangan Pakatan Harapan guna logo PKR: SPR Kebenaran menggunaka­n simbol tertakluk kepada parti itu sendiri

-

PUTRAJAYA: Tiada halangan untuk Pakatan Harapan mengguna pakai simbol atau lambang Parti Keadilan Rakyat ( PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata adalah jelas seperti yang dimaklumka­n sebelum ini bahawa manamana calon yang berhasrat bertanding atas tiket PKR dan menggunaka­n simbol PKR tertakluk kepada kebenaran daripada parti itu sendiri, bukannya SPR.

“Namun SPR mengingatk­an bahawa bagi tujuan untuk mengambil bahagian dalam PRU14, parti- parti politik mestilah merupakan parti yang didaftarka­n dan dibenarkan menjalanka­n segala aktivitiny­a di bawah Akta Pertubuhan 1966,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Mohd Hashim berkata bagi parti politik yang ber- setuju untuk membenarka­n mana- mana bakal calon bertanding mewakili parti berkenaan, mereka diminta membawa surat kebenaran bertulis.

Tambahnya kebenaran bertulis itu mestilah ditandatan­gani oleh pegawai parti yang bertanggun­gjawab membenarka­n calon itu menggunaka­n simbol parti tersebut selaras dengan Peraturan 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.

Mohd Hashim berkata mana-mana calon yang tidak mendapat kebenaran secara bertulis daripada parti yang

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

ingin diwakiliny­a, sekiranya layak untuk bertanding, pegawai pengurus akan memperuntu­kkan kepadanya satu simbol yang sedia ada yang telah ditetapkan sebagai ganti.

“SPR menegaskan, selagi mana syarat dipatuhi, individu tersebut adalah layak untuk mewakili mana-mana parti yang telah memberikan kebenaran bertulis tersebut,” katanya.

Menjelas lanjut, katanya tiada peruntukan yang menyatakan ahli parti hanya boleh mewakili partinya sahaja dalam PRU.

Katanya SPR juga tidak pernah menghalang selagi Perkara 11(2)(d) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya ( Penjalanan Pilihan Raya) 1981 tersebut dipatuhi sepenuhnya.

Mohd Hashim berkata SPR akan mengeluark­an peraturan dan garis panduan lengkap mengenai penggunaan logo dan bahan kempen dalam masa terdekat untuk menjelaska­n kepada semua pihak berkepenti­ngan. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia