Utusan Borneo (Sarawak)

Senarai calon PAS, Gagasan Sejahtera sudah muktamad kecuali di Kelantan

-

KUALA LUMPUR: Senarai calon PAS yang akan bertanding di bawah payung Gagasan Sejahtera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah pun dimuktamad­kan kecuali di negeri Kelantan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata senarai nama caloncalon yang akan bertanding di seluruh negara akan diumumkan malam hari Khamis (hari ini) oleh Pesuruhjay­a PAS negeri masing-masing.

“Bagaimanap­un, senarai nama di Kelantan yang sehingga kini masih dikemas kini akan diumumkan pada 25 April ini. Pengumuman senarai calon di Sarawak akan dibuat pada 21 April manakala di Sabah pada 23 April yang akan diumumkan sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Takiyuddin berkata, setakat ini PAS dan rakan parti dalam Gagasan Sejahtera me- ngesahkan akan bertanding tidak kurang daripada 160 kerusi di seluruh negara.

Menurut beliau lagi, Parti Ikatan dan Berjasa dalam gagasan itu akan menggunaka­n logo PAS, manakala beberapa lagi parti lain akan menggunaka­n logo sendiri.

“Seperti biasa calon-calon PAS akan diminta melafazkan bai’ah atau sumpah ikrar di hadapan pemimpin tertinggi PAS di negeri masing-masing sebelum diumumkan sebagai calon,” katanya dan menambah bai’ah kali ini tidak melibatkan lafaz jatuh talak kepada isteri sekiranya calon itu menang namun bertindak keluar parti.

Beliau turut mengesahka­n Abdul Hadi hanya akan bertanding di Parlimen Marang dan tidak akan bertanding di kerusi DUN pada PRU kali ini.

“Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga hanya akan bertanding di kerusi Parlimen dan saya sendiri diminta untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, akan ada calon yang akan bertanding kerusi Parlimen dan juga kerusi DUN dengan serentak, namun jumlahnya tidak lebih daripada 10 orang.

Sementara itu, dalam perkembang­an lain, Takiyuddin berkata PAS mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk membiayai kempen pilihan raya kali ini, namun tidak pernah sesekali menerima sumbangan daripada UMNO sebagaiman­a yang didakwa sesetengah pihak.

“Mengenai tohmahan yang mengatakan PAS menerima wang termasuk sumbangan RM90 juta daripada UMNO, saya nak sahkan PAS tidak pernah menerima (sumbangan) daripada UMNO, kalau nak bagi pun kita tidak akan ambil.

PAS menerima sumbangan daripada ahlinya, ada yang beri sumbangan RM10 sebulan, dan ada yang beri sumbangan sebesar- besarnya. Kita terima daripada sesiapa sahaja sumbangan tak kira daripada siapa, asalkan kita boleh sahkan ia halal, kita terima,” katanya.

PAS juga mencabar pihak yang mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada UMNO untuk membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas beliau, antara sumber kewangan PAS yang paling utama adalah yuran keahlian anggota parti itu yang kini berjumlah sejuta orang dan juga daripada wakil rakyat dan anggota Parlimen yang diwajibkan membuat potongan elaun sebagai sumbangan kepada parti.

Suruhanjay­a Pilihan Raya menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon, manakala 9 Mei sebagai hari pengundian. — Bernama SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamad­kan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusin­ya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata pakatan itu akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya selain memantapka­n jentera PH di seluruh negeri itu.

“Selain itu, PH Selangor meletakkan calon-calon yang berwibawa, berintegri­ti dan komited untuk memberi khidmat serta menabur bakti kepada negeri dan rakyat,” katanya, yang juga Menteri Besar, dalam kenyataan di sini semalam.

Perbincang­an pengagihan kerusi DUN Selangor sebelum ini mencetuska­n konflik antara kepimpinan PH negeri berikutan kegagalan empat parti dalam pakatan itu mencapai kata sepakat.

Pengarah Pilihan Raya PH Selangor, Dr Xavier Jayakumar, sebelum ini, dilaporkan berkata pengumuman calon pakatan itu bagi 56 kerusi DUN di Selangor akan dibuat pada 25 atau 26 April ini.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 28 April manakala hari mengundi pada 9 Mei. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia