Utusan Borneo (Sarawak)

DAP letak calon Melayu sudah dijangka: TPM

-

BAGAN DATUK: Keputusan DAP meletakkan calon Melayu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sudah dijangka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu untuk menarik undi orang Melayu, adalah kerana DAP sedar bahawa orang Melayu menolak parti cauvanis itu.

“Tentunya dengan meletakkan seorang pakar undang- undang ( dari DAP) tetapi bertanding menggunaka­n lambang parti lain ia adalah satu pengesahan dan agenda mereka kini terserlah.

“Yang akan menjadi mangsa adalah PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Amanah dan PKR sendiri kerana sudah hampir pasti kawasan ditandingi DAP yang diletakkan calon Melayu adalah bertujuan mencari tokoh yang dihajati bagi mengetuai kerajaan negeri,” katanya pada sidang media selepas makan tengah hari di sini semalam.

Rancangan melantik tokoh Melayu itu dijangka dilaksanak­an jika pembangkan­g menguasai negeri ini.

Ahmad Zahid mengulas tindakan DAP meletakkan Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk bertanding di DUN Tebing Tinggi sebagaiman­a diumumkan oleh penyandang kerusi DUN itu, Ong Boon Piow baru-baru ini.

Sebelum ini, Ahmad Zahid membuat jangkaan yang DAP tidak akan menggunaka­n lambang parti sebaliknya lambang PKR dalam PRU14.

“Telahan ini jadi benar dan ia bertujuan tarik pengundi Melayu untuk undi calon mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata penduduk di Teluk Intan boleh menilai sendiri perkhidmat­an dan pembanguna­n yang telah dilakukan Datuk Seri Mah Siew Keong sepanjang menjadi Ahli Parlimen kawasan itu.

Ahmad Zahid disoal pemberita berhubung tindakan Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan menentang Mah yang menang kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2014.

“Siapa pun mewakili DAP, mereka terdiri daripada calon nomad hampir setiap kali PRU seperti mana keberadaan Ahli Parlimen Taiping (Nga Kor Ming) menawarkan diri untuk bertanding di Parlimen Teluk Intan.

“Mereka tahu Mah Siew Keong anak tempatan dan beri banyak perkhidmat­an kepada masyarakat dan membawa pembanguna­n.

“Bukan itu saja beliau juga menteri (Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi) yang mempunyai prestasi terbaik,” katanya.

Pada PRK 2014, Mah menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, dengan majoriti 238 undi.

Mah turut bertanding kerusi sama pada PRU13 namun tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng, yang memperoleh majoriti 7,313 undi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Ahmad Zahid menyampaik­an amanatnya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang di Bagan Datuk semalam.
— Gambar Bernama AMANAT: Ahmad Zahid menyampaik­an amanatnya ketika melawat Pusat Daerah Mengundi Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang di Bagan Datuk semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia