Utusan Borneo (Sarawak)

Enam pasukan teratas England antara yang akan bertanding di Piala Juara Antarabang­sa

-

MIAMI, Amerika Syarikat ( AS): Kelab- kelab yang melangkah ke separuh akhir Liga Juara-Juara - Bayern Munich, Real Madrid, AS Roma dan Liverpool serta dua pasukan gergasi bola sepak Inggeris, Manchester City dan Manchester United, adalah antara pasukan yang akan bertanding pada kejohanan Piala Juara Antarabang­sa ( ICC), menurut pengumuman Selasa lepas.

Pertanding­an pramusim melibatkan 18 pasukan dan 27 perlawanan itu akan bermula kurang dari seminggu selepas berakhirny­a Piala Dunia 2018 di Rusia. Kebanyakan perlawanan akan berlangsun­g di AS tetapi negara lain yang akan menganjurk­an perlawanan adalah Singapura, Switzerlan­d, Austria, Poland, Sweden, Itali dan Sepanyol.

Enam pasukan teratas England – Chelsea, Arsenal, Tottenham Hotspur, Liverpool dan Manchester City dan United – akan terlibat.

Kemuncak ialah perlawanan mirip suku akhir Liga Juara- Juara musim ini di antara Liverpool dan Manchester City di East Rutherford, New Jersey pada 25 Julai.

“Manchester City mempunyai ramai pengikut di AS dan ia semakin berkembang,” kata ketua pegawai operasi (COO) Manchester City, Omar Berrada.

“Pasukan tidak sabar untuk bertemu dan bermain di hadapan ribuan penyokong kami di AS untuk apa yang menjanjika­n jelajah pramusim yang hebat.”

City mengesahka­n kejuaraan Liga Perdana Inggeris hujung minggu lepas dan akan bertemu Borussia Dortmund di Chicago pada 20 Julai dan Bayern Munich di Miami pad 28 Julai.

Pada hari yang sama, Manchester United akan menentang Liverpool di Ann Arbor, Michigan di mana satu rekod 109,318 penonton hadir menonton perlawanan di antara United menentang Real Madrid pada 2014.

“Sekali lagi kami tidak sabar untuk terlibat dalam ICC, berdepan lawan hebat dari liga lain yang sememangny­a sangat popular di kalangan peminat United di mana-mana,” kata naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward.

“Kemudahan, venue dan jadual perlawanan akan memberikan pengurus dan pasukan persediaan ideal untuk musim baharu 2018/2019, sementara ia turut memberikan penyokong kami di AS untuk menonton perlawanan secara langsung.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia