Utusan Borneo (Sarawak)

Gol Aspas bantu Celta Vigo ikat skuad kendalian Valverde 2-2 pada aksi La Liga Sepanyol Selasa lepas

-

MADRID, Sepanyol: Lionel Messi dimasukkan sebagai pemain gantian tetapi Barcelona bernasib baik untuk pulang dengan satu mata selepas Celta Vigo hampir menamatkan rekod tanpa kalah mereka dalam aksi La Liga Sepanyol Selasa lepas.

Messi hanya dimasukkan selepas satu u jam per perlawanan di Stade Balaidos dan n kelihatan mem- berikan satu lagi inspirasi kemenangan apabila P a u l i n - ho mel e t a k k a n Barca 2-1 di i hadapan emmpat minit selepas elepas dimasukkan.

Tetapi pemain Barca, Sergi Roberto, dibuang padang kerana menghalang Iago Aspas satu peluang di hadapan pintu gol dan pada minit ke- 82, Aspas menjadikan kedudukan 2-2.

Vigo semakin bersemanga­t dengan gol penyamaan itu dan hampir menjaringk­an gol kemenangan tetapi Lucas Boye – ketika berdepan hanya penjaga gol Barca, Marc- Andre Ter Stegen – gagal melakukan rembatan kemas.

“Saya fikir kami selayaknya menang,” kata jurulatih Celta Vigo, Juan Carlos Unzue.

Sebelum itu, rembatan cantik Ousmande Dembele mengikat gol pembukaan Celta menerusi rembatan Jonny Castro ketika Barcelona melanjutka­n tempoh

Saya fikir kami selayaknya menang. Juan Carlos Unzue Jurulatih Celta Vigo

tanpa kalah kepada 40 perlawanan dalam La Liga. Mereka j uga menjarakka­n kedudukan di singahsana liga dengan 12 mata tetapi boleh dirapatkan k e - pad a

semb i l a n jika Atletico Madrid menewaskan Real Sociedad hari ini. “Anda harus menerima satu mata tetapi sasaran kami ialah untuk menang,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde selepas perlawanan. “A p a b i l a kami kehilangan Sergi, kami menghadapi kesukaran tetapi ia satu lagi mata penti ng. Kami hanya perlu dua lagi kemenangan untuk mengesahka­n kejuaraan.”

Dengan satu perhatian kepada final Copa del Rey Sabtu ini, Valverde melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasa­n utama dengan pemain seperti Messi, Luis Suarez, Gerard Pique, Samuel Umtiti, Sergio Busquets dan Ivan Rakitic direhatkan.

“Ada pemain yang sudah bermain dengan kerap dan saya fikir mereka perlu berehat,” kata Valverde. “Kita lihat jika kita boleh memberikan kegembiraa­n kepada penyokong Sabtu ini.”

Ter Stegen, Philippe Coutinho dan Dembele adalah pemain terkenal yang diturunkan dalam kesebelasa­n utama dan Dembele mengambil sepenuh peluang dengan membuka jaringan pada minit ke-39.

Bagaimanap­un pada minit akhir sebelum rehat, Vigo mengikat kedudukan dari gol Castro selepas umpanan cantik Maximilian­o Gomez.

Messi dimasukkan pada mini ke- 60 untuk menggantik­an Coutinho dan pada minit ke- 64, Barca kembali di hadapan dari gol Paulinho.

Roberto juga dimasukkan pada minit ke- 60 untuk menggantik­an Gomes tetapi beliau hanya bermain 11 minit sebelum diperintah meninggalk­an padang kerana menghalang Aspas dari melakukan jaringan.

Kelebihan seorang pemain jelas membakar semangat Celta dengan Aspas tidak bernasib baik apabila tendangan percumanya terkena palang tetapi lapan minit sebelum tamat permainan, Ter Stegen gagal menepis kemas hantaran Emre Mor, membolehka­n Aspas mengawal bola sebelum merembat ke pintu gol untuk gol penyamaan.

Barca cuba bertahan dan bernasib baik tidak bolos lagi apabila cubaan Boye ditepis Ter Stegen. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? Paulinho (kiri) melakukan kekasaran ke atas pemain pertahanan Celta, Jonny Castro Otto (tengah) ketika bersaing pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stade Balaidos, Vigo pada Selasa lepas.
— Gambar AFP Paulinho (kiri) melakukan kekasaran ke atas pemain pertahanan Celta, Jonny Castro Otto (tengah) ketika bersaing pada perlawanan La Liga Sepanyol di Stade Balaidos, Vigo pada Selasa lepas.
 ?? — Gambar AFP ?? GOL PENTING: Aspas menjaringk­an gol penyamaan Celta pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Barca di Stade Balaidos, Vigo Selasa lepas. MAIN KASAR:
— Gambar AFP GOL PENTING: Aspas menjaringk­an gol penyamaan Celta pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Barca di Stade Balaidos, Vigo Selasa lepas. MAIN KASAR:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia