Utusan Borneo (Sarawak)

Brighton ikat Tottenham 1-1, selamat dari zon penyingkir­an

-

BRIGHTON, England: Harry Kane meningkatk­an peluang untuk memenangi anugerah Kasut Emas Liga Perdana ketika Tottenham Hotspur membuat persediaan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA Inggeris dengan keputusan seri 1-1 di Brighton Selasa lepas.

Kane meletakkan Spurs di hadapan pada minit ke-48 apabila rembatan jarak dekat beliau terkena pemain pertahanan Brighton, Bruno, dan masuk ke pintu gol.

Ia adalah gol ke-26 Kane musim ini dan mengembali­kan peluang beliau mengejar penjaring terbanyak ketika ini, Mohamed Salah dari Liverpool yang menjaringk­an 30 gol liga.

Tetapi Spurs, yang dibimbing Mauricio Pochettino dan akan menentang Manchester United pada perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley Sabtu ini, meninggalk­an Stadium Amex dengan rasa kecewa dan terkilan apabila Pascal Gross mengikat kedudukan untuk Brighton dari satu tendangan penalti selepas Serge Aurier mengasari Jose Izquierdo dalam kotak penalti dua minit selepas gol Kane.

Spurs kini sudah mengharung­i dua perlawanan liga tanpa menang tetapi mereka masih berkeduduk­an selesa di tangga keempat liga – slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara – dengan kelebihan lapan mata di hadapan Chelsea, yang memiliki lima perlawanan u n t u k mengintai peluang.

“Ia perlawanan yang sukar. Separuh masa pertama adalah seimbang dan selepas rehat, kami mula bermain dengan lebih baik. Kami membuka jaringan tetapi malangnya kami bolos gol tidak lama selepas itu,” kata Pochettino. “Kami mencipta peluang tetapi tidak memadai u n t u k m e m e - nanginya. Keputusan seri agak mengecewak­an kerana sasaran kami ialah untuk mengutip tiga mata penuh.” Satu mata bermakna Brighton kini lapan mata di atas zon penyingkir­an dan dijangka akan terus beraksi dalam Liga Perdana musim hadapan.

Dengan Piala FA mewakili peluang terakhir Spurs memenangi satu kejuaraan musim ini, Pochettino – yang belum memenangi sebarang trofi sepanjang empat tahun di Spurs – melakukan enam pertukaran dari skuad yang tewas 1-3 kepada Manchester City pada hari Sabtu.

Pemain pertahanan, Toby Alderweire­ld diberikan penampilan kesebelasa­n utama pertama sejak bulan Oktober untuk menggantik­an Davinson Sanchez sementara Dele Alli, Kieran Trippier, Mousa Dembele dan Eric Dier direhatkan.

Pochettino mempertaha­nkan pemilihan skuadnya dengan berkata: “Kami memikirkan untuk memberikan pemain yang lebih cergas kerana kami sudah mengharung­i perlawanan sukar menentang Manchester City Sabtu lepas.

“Kami mempunyai skuad yang cukup bagus untuk menang. Keputusan ini bukan kerana penggilira­n pemain.

“Semua orang bersedia untuk bermain tetapi Brighton adalah lawan yang sukar dan pujian harus diberikan kepada mereka.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia