Utusan Borneo (Sarawak)

Inter terus ‘desak’ Roma, Lazio buru slot kelayakan ke Liga Juara-Juara

-

MILAN, Itali: Mauro Icardi menjaringk­an gol liga ke-25 beliau untuk membantu Inter Milan menewaskan Cagliari 4-0 dan melonjak ke tangga ketiga Serie A Itali Selasa lepas, sekali gus memberikan tekanan kepada dua kelab dari kota Rom, AS Roma dan Lazio dalam saingan kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Inter belum menjaringk­an gol atau menang pada tiga perlawanan terakhir tetapi Joao Cancelo memecah kebuntuan seawal minit ketiga dari satu tendangan percuma perlawanan di San Siro.

Icardi menjaringk­an gol kedua selepas rehat sebelum Marcelo Brozovic menjaringk­an gol ketiga pada separuh masa kedua dan Ivan Perisic melengkapk­an jaringan pada minit akhir.

“Selepas membuka jaringan, permainan lebih terbuka,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Semuanya bagus selepas itu, seperti yang saya mahu- kan dalam sebuah pasukan.”

Ia adalah aksi meyakinkan dari bekas juara Eropah itu, yang tidak mempunyai pilihan lain selain menduduki tiga tempat teratas liga untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2012.

Inter naik ke tangga ketiga dengan 63 mata dari 33 perlawanan sementara Roma dan Lazio, masing-masing dengan 61 mata, menentang Genoa dan Fiorentina pada perlawanan lewat.

Yann Karamoh terlepas dua peluang terbaik untuk meletakkan Inter di hadapan sebelum Inter kehilangan Roberto Galiardini kerana kecederaan.

Cancelo memecah kebuntuan dengan satu gol cantik tetapi Karamoh boleh menambah jaringan tidak lama selepas itu tetapi rembatanny­a – walaupun hanya berdepan penjaga gol lawan – tersasar.

Satu lagi cubaan Karamoh terkena palang sebelum Icardi menambah jaringan beberapa minit sebelum rehat untuk gol ke-25 beliau dalam liga.

Ia juga rekod peribadi beliau selepas mengatasi rekod 24 gol musim lepas.

Inter menguasai sepenuh permainan selepas itu dengan Brozovic dan Perisic melengkapk­an jaringan.

“Saya berasa gembira dengan 25 gol dijaringka­n walaupun saya fikir beliau tidak gembira kerana beliau boleh menjaringk­an lebih banyak lagi gol,” kata Spalletti.

“Beliau melakukan banyak pergerakan, membantu pasukan tetapi dari pandangan peribadi, saya fikir beliau tidak gembira dengan hanya satu gol.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LICIK: Icardi (kanan) mengawal bola ketika cuba untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Cagliari pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan pada Selasa lepas.
— Gambar Reuters LICIK: Icardi (kanan) mengawal bola ketika cuba untuk melepasi kawalan pemain pertahanan Cagliari pada perlawanan Serie A Itali di Stadium San Siro, Milan pada Selasa lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia