Utusan Borneo (Sarawak)

KSRRSK 2018: No Name FC kekalkan rekod tanpa kalah

-

KUCHING: Skuad No Name FC terus mengekalka­n rekod tanpa kalahnya dalam saingan kejohanan bola sepak Liga Persahabat­an Kelab Sukan dan Rekreasi Real Stats Kuching (KSRRSK) 2018.

Kemenangan 4-2 ke atas Kokero FC yang berlangsun­g di Padang Yayasan Sarawak kelmarin terus mengukuhka­n kedudukan pendatang baharu itu di persada liga.

Sementara itu, pencabar terdekatny­a, Real Stats turut mencatat kemenangan 2-0 ketika menentang MARA FC untuk turut mengekori rapat pendahulu liga.

Bagaimanap­un, No Name FC belum dapat menarik nafas lega kerana beberapa pasukan lain masih berpeluang untuk mencabar kedudukan semasa.

Antara lain, Barsatiga FC terpaksa akur dengan satu mata selepas diikat finalis Liga KSRRSK 2017, Afifah FC dengan 4-4.

Saingan sengit antara kedua- dua pasukan menyaksika­n saling berbalas serangan meskipun Barsatiga mendahului 2- 1 sebelum Afifah FC kembali menyamakan kedudukan 2-2 hasil jaringan penjaring terbanyak, Mohd Zahiddi Abdul Latif meledakkan dua gol dalam tempoh dua minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Manakala empat gol lagi dijaringka­n pada separuh masa kedua dan kedudukan 4- 4 kekal sehingga tamat perlawanan.

Presiden KSRRSK, Mohd Romze Arbi ketika dihubungi berkata saingan minggu ini menyaksika­n mutu permainan yang berkualiti daripada semua pasukan.

Malah, katanya, kedudukan carta berubah setiap minggu menunjukka­n peluang bagi semua pasukan masih terbuka.

“Peluang masih ada untuk semua pasukan bertanding, kita dapat lihat setiap minggu kedudukan liga ini berubah malah beza mata juga tidak jauh. Begitu juga penjaring gol mereka berpeluang memburu jaringan terbanyak,” katanya.

Romze turut menyatakan penghargaa­n kepada pengurusan Padang Yayasan Sarawak kerana dapat digunakan sebagai venue utama kejohanan itu pada edisi kali ini.

 ??  ?? EKORI RAPAT: Real Stats FC mengekori rapat pendahulu liga.
EKORI RAPAT: Real Stats FC mengekori rapat pendahulu liga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia