Utusan Borneo (Sarawak)

Berjaya menjulang Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Tiong King Sing bagi Zon Bintulu

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Skuad GGM FT meraih kejuaraan zon Bintulu pada Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Tiong King Sing di Stadium Mini Bintulu di sini.

Naib juara dimenangi Codey FT dan ketiga diraih Warrix FC diikuti tempat keempat dan kelima milik SMK Kemena dan Wawasan Jepak.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) Bahagian Bintulu, Aric Philbert mewakili Tiong turut disaksikan oleh ketua jurulatih skuad Bintulu, Zaidel Termidi Suhaili yang juga mewakili SEB.

Kejohanan itu disertai lapan pasukan dari Zon Bintulu dan kejohanan sama untuk Zon Samalaju diadakan pada 4, 5 dan 6 Mei depan di Padang Kampung Iran untuk merebut Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Ma- jang Renggi.

Diikuti kejohanan berikutnya melibat Zon Murum dan Bakun (27 Jun- 1 Julai), Zon Sebauh dan Tatau ( 17 dan 18 Julai) serta Zon Bekenu diadakan pada Ogos sebagai zon jemputan atas permintaan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak- Kanak merangkap Ahli Dewan Un- dangan Negeri (ADUN) Bekenu, Rosey Yunus.

Peringkat akhir membabitka­n saingan dua pasukan layak pada kejohanan itu dijangka diadakan Oktober depan dan pemenang

mewakili Bintulu ke Kejohanan Piala Pembanguna­n di Lundu.

Selain itu, Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Piala Menteri Utiliti mer- angkap ADUN Kemena, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom 2018 juga bermula pada 14 dan 15 April lalu di Stadium Mini Bintulu anjuran Persatuan Bola Sepak Bintulu ( BiFA) dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad ( SEB), Lea Sports Centre ( LSC) dan MSN.

Pengerusi Pembanguna­n BiFA, Mohd Tuah Ismail berkata kejohanan itu mencari bakat pemain muda bawah umur 18 tahun diserapkan dalam pasukan Sarawak serta persediaan menghadapi Sukan Malaysia ( SUKMA) di Perak pada September depan.

“Kerjasama MSN bahagian dan negeri amat menggalakk­an dan SEB banyak membantu dari segi kewangan penganjura­n kejohanan ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Mohd Tuah berkata, tahun ini MSNS menaik taraf Bintulu sebagai Pusat Pembanguna­n Bola Sepak MSN dan sebelum ini menghantar lima pemain bawah umur 20 tahun mewakili Bintulu pada Piala Presiden, seorang pemain mewakili Bintulu untuk Piala Belia dan dua orang Piala Liga Perdana.

Impak daripada program pembanguna­n dilaksanak­an BiFA, tahun lalu kejohanan peringkat luar bandar berjaya mencungkil bakat

pemain dari Murum dan dipilih mewakili Bintulu pada Piala Sarawak yang mana skuad Bintulu muncul naib juara tahun lalu.

“Justeru, usaha diteruskan oleh BiFA dengan kerjasama MSN Bintulu mencari bakat- bakat baharu dalam bola sepak terutamany­a dari kawasan luar bandar Bintulu,” katanya.

 ??  ?? JUARA: Skuad GGM FT bersama pasukan-pasukan lain pada Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Tiong King Sing Zon Bintulu.
JUARA: Skuad GGM FT bersama pasukan-pasukan lain pada Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Tiong King Sing Zon Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia