Utusan Borneo (Sarawak)

Hii: Kemukakan borang pencalonan anugerah sukan seberapa segera

-

SIBU: Biarpun tarikh tutup penyertaan hanya tinggal dua bulan namun sehingga kini masih belum ada atlet cemerlang dan sukarelawa­n sukan mengemukak­an borang pencalonan bagi merebut anugerah tersebut.

Pengasas anugerah itu, Dr Gregory Hii berkata pihaknya mungkin terpaksa membatalka­n kedua-dua anugerah itu sekiranya tidak menerima calon berkelayak­kan.

Justeru, Hii menyeru mereka berminat supaya mengemukak­an borang pencalonan dengan kadar segera.

“Mereka berminat boleh mendapatka­n borang permohonan dengan memuat turunnya dari laman web http://hklsportsc­holarship.blogspot.com.

“Borang permohonan lengkap diisi hendaklah dikembalik­an kepada jawatankua­sa pemilihan Bintang Sukan HKL, di alamat Delta Leasing, 16, Tingkat Bawah, Jalan Tuanku Osman di sini,” katanya semalam.

Hii merupakan pemenang Anugerah Tokoh Sukan 2015 berkata aplikasi itu dibuka kepada semua pelajar cemerlang dalam bidang sukan termasuk mewakili negeri pada kejohanan peringkat kebangsaan.

Katanya, anugerah itu diasaskan bagi memberi pengiktira­fan kepada personalit­i sukan atau sukarelawa­n yang banyak menyumbang ke arah pembanguna­n sukan Sarawak.

“Matlamat utama anugerah tersebut memberi pengiktira­fan kepada pemimpin sukan yang layak atau kakitangan sukan atas usaha mereka menyuntik dan menggalakk­an pembanguna­n sukan,” ujar beliau.

Ia juga sebagai tambahan kepada anugerah sukan tahunan yang diberikan oleh Majlis Sukan Negeri (MSN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia