Utusan Borneo (Sarawak)

OCA cipta sejarah anjur Larian Ria Sukan Asia Ke-18

-

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Asia (OCA) akan mencipta sejarah apabila ia menganjurk­an larian Ria Sukan Asia Ke-18 di Pyongyang, ibu negara Korea Utara pada 1 Mei ini.

Dalam kenyataan semalam, OCA berkata pihaknya pertama kali menganjurk­an larian itu bagi mempromosi Sukan Asia di Doha, Qatar pada 2006 sebelum mengadakan­nya di seluruh benua Asia menjelang berlangsun­gnya Sukan Asia di Guangzhou, China pada 2010; Incheon, Korea Selatan pada 2014; dan kini bagi Sukan Asia 2018 di Jakarta dan Palembang, Indonesia.

Bagaimanap­un, inilah julung kalinya Jawatankua­sa Olimpik Republik Rakyat Demokratik Korea terlibat dengan siri Larian Ria Sukan Asia dan OCA gembira kerana dapat melakukan kunjungan rasmi sulungnya ke Pyongyang sejak enam tahun lepas.

“Kami sungguh gembira dan bangga kerana berpeluang bekerjasam­a rapat dengan Jawatankua­sa Olimpik Kebangsaan DPR Korea dan OCA amat teruja untuk mengulangi lawatannya ke Pyongyang tidak lama,” kata presiden OCA Sheikh Ahmad Al Fahad Al Sabah dalam kenyataan itu.

“Larian Ria ini terbukti sangat popular dan merupakan acara menyeronok­kan bagi mempromosi Sukan Asia dalam kalangan generasi muda penggemar sukan, di samping menggalakk­an mereka melibatkan diri secara aktif dan mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Kami yakin Larian Ria Sukan Asia di Pyongyang pada 1 Mei nanti akan menjadi acara istimewa bagi pergerakan Olimpik dan suatu kejayaan besar bagi semua pihak berkenaan.

“Kami mengucapka­n terima kasih kepada NOC DPR Korea atas sokongan dan usaha mereka dalam menganjurk­an Larian Ria Pyongyang dan kami ingin mengucapka­n selamat maju jaya kepada para atlet DPRK, yang akan bertanding pada Sukan Asia Ke-18 di Jakarta dan Palembang, Indonesia pada Ogos dan September ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia