Utusan Borneo (Sarawak)

PSS, SALBA anjur klinik boling padang Sabtu ini

-

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) dengan kerjasama Persatuan Lawn Bowls Sarawak (SALBA) menganjurk­an klinik boling padang pada Sabtu ini (21 April) di Arena Lawn Bowls, Petra Jaya.

Klinik sehari itu dikendalik­an ketua jurulatih kebang- saan, Dr Simon Botha sambil dibantu jurulatih Sarawak, Zuraidi Puteh bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Presiden SALBA, Awang Mahyan Awang Mohamed berkata pihaknya menyasarka­n seramai 60 peserta menyertai klinik tersebut dan terbuka kepada mana-mana individu berminat.

“Klinik ini dianjurkan bagi memberi pendedahan asas mengenai sukan boling padang. Peserta didedahkan dengan pelbagai teknik mahupun kemahiran yang betul dan berkesan bermain sukan ini.

“Tiada yuran dikenakan dan orang ramai dialu-alukan mengambil bahagian kerana ia amat berguna khususnya bagi mereka mahu menceburi sukan ini dengan serius,” katanya ditemui di sini semalam.

Menurutnya, peserta klinik tersebut amat beruntung kerana mereka berpeluang mendapatka­n tips secara terus daripada Dr Simon, ketua jurulatih Malaysia kelahiran Afrika Selatan yang membantu negara merangkul emas pada Sukan Komanwel Gold Coast lalu.

Selain itu, sesi klinik itu juga bakal diserikan dengan kemunculan dua atlet boling padang negara, Emma Firyana Saroji dan Siti Zalina Ahmad yang menyumbang emas pertama dalam acara ‘pairs’ pada temasya peringkat antarabang­sa itu.

Awang Mahyan berkata, klinik itu juga sebagai persiapan penting bagi Sarawak menghadapi temasya Sukan Malaysia ( SUKMA 2018) bakal berlangsun­g di Perak pada 12 hingga 22 September depan.

 ??  ?? KE PIALA FAM: Gedong Gators bakal menjadi pasukan kedua beraksi pada saingan Piala FAM selepas Kuching FA.
KE PIALA FAM: Gedong Gators bakal menjadi pasukan kedua beraksi pada saingan Piala FAM selepas Kuching FA.
 ??  ?? SAMBUT: Awang Mahyan (kiri) menyambut ketibaan Dr Simon (dua kiri) bersama Zuraidi (dua kanan) di Lapang Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) semalam.
SAMBUT: Awang Mahyan (kiri) menyambut ketibaan Dr Simon (dua kiri) bersama Zuraidi (dua kanan) di Lapang Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia