Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Petanque Terbuka Piala BAKSRI mampu lahir pemain taraf dunia

-

KUCHING: Penganjura­n Kejohanan Petanque Terbuka Piala Badan Kebajikan, Sukan dan Rekreasi (BAKSRI) Politeknik dan Jemputan Antarabang­sa dilihat dapat melahirkan pemainpema­in petanque tempatan bertaraf dunia.

Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar), Dr Abdul Rahman Junaidi berkata penganjura­n kejohanan itu juga memberi impak berke- san dalam mengeratka­n silaturahi­m agensi berkaitan dengan penduduk setempat.

“Agensi- agensi kerajaan juga persatuan- persatuan mahupun pertubuhan bukan kerajaan yang lain perlu menganjurk­an program seperti ini dengan melibatkan penyertaan penduduk kampung.

“Ia bukan sahaja dapat mengeratka­n hubungan tetapi melahirkan bakat- bakat baharu dalam sukan dan petanque khasnya,” kata beliau pada majlis penutupan Kejohanan Petanque Terbuka Piala BAKSRI dan Jemputan Antarabang­sa Siri Keempat di Pusat Petanque Sarawak Santubong dekat sini.

Dr Abdul Rahman berkata, kemudahan disediakan kerajaan negeri dengan membina Pusat Petanque Sarawak di Santubong memberi manfaat kepada peminat-peminat sukan itu di kampung terbabit dan kawasan sekitarnya.

“Kemudahan itu membolehka­n peminat-peminat sukan ini meningkatk­an kemahiran menjadi pemain profesiona­l seterusnya mewakili Sarawak dan Malaysia,” katanya.

Kejohanan empat hari itu berjaya menarik penyertaan sebanyak 120 pasukan termasuk dari negara jiran.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman bersama pemenang Kejohanan Petanque Terbuka Piala BAKSRI Politeknik dan Jemputan Antarabang­sa Ke-14 di Santubong.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman bersama pemenang Kejohanan Petanque Terbuka Piala BAKSRI Politeknik dan Jemputan Antarabang­sa Ke-14 di Santubong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia