Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS dan Sarawak Fores try Corporatio­n gotongroyo­ng bersihkan pantai

-

LEBIH 80 pelajar, pensyarah dan kakitangan Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah bekerjasam­a dengan Sarawak Forestry Corporatio­n terutama kakitangan Taman Negara Tanjung Datu untuk menganjurk­an program pembersiha­n pantai pada 14 April lalu.

Menurut kenyataan akhbar kelmarin, ia dianjurkan bersempena sambutan Earth Day 2018, dengan mengadakan program pembersiha­n bagi meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan taman negara daripada sampah.

Program tersebut dipimpin oleh Profesor Bersekutu Dr MohdAzlan Jayasil dan Warden Taman Negara Tanjung Datu, Dohem.

Para sukarelawa­n dibahagika­n kepada tiga kumpulan mengikut lokasi pantai iaitu Teluk Kupas, Labuhan Gadong dan Pasir Antu Laut.

Sebanyak 561 kilogram sampah telah dikumpulka­n dari pantai terdiri daripada plastik, logam, bekas minyak, kaca, pelampung, jaring penangkapa­n ikan, bakul, televisyen lama dan lain-lain.

Mohd-Azlan berkata, tabiat membuang sampah di merata-rata tempat adalah kebimbanga­n utama kepada alam sekitar kerana ia memberi kesan kepada kehidupan marin.

Oleh itu, beliau menggesa penyertaan daripada semua bahagian masyarakat bagi memastikan persekitar­an yang bersih dan selamat.

“Sangat penting untuk menyebarka­n kesedaran dan mendidik komuniti kita secara berterusan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar, kerana setiap perjalanan bermula dengan satu langkah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia