Utusan Borneo (Sarawak)

Polis Indonesia berkas ketua arak selepas 100 maut

-

JAKARTA: Polis menahan suspek utama dalam satu kejadian keracunan alkohol haram yang dikatakan telah membunuh beberapa orang di sekitar

Indonesia, menurut pihak berkuasa semalam, dengan ketua arak itu berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya dia disabitkan.

Samsudin Simbolon ditangkap pada awal semalam di sebuah ladang kelapa sawit di Sumatera, menamatkan pemburuan seluruh negara bagi seorang lelaki yang menjalanka­n operasi arak haram dikatakan membunuh seramai 50 orang di negeri berhampira­n Jawa Barat.

“Kami akan menghantar dia ke Jakarta pada malam ini dan kemudian ke Bandung,” ketua polis Jawa Barat Agung Budi Maryoto memberitah­u AFP, merujuk kepada Simbolon.

Ketua arak haram itu akan didakwa atas tuduhan menjual barangan berbahaya yang membawa hukuman maksimum seumur hidup, tambah beliau.

Secara keseluruha­n kirakira 100 rakyat Indonesia dipercayai meninggal dunia akibat alkohol yang tercemar di seluruh negara sejak Mac ketika beberapa orang lagi berada dalam keadaan kritikal dalam siri kematian terburuk akibat arak buatan sendiri selama beberapa tahun.

Negara yang mempunyai paling ramai penduduk Islam di dunia ini telah mengharamk­an penjualan alkohol di kebanyakan kedai serbaguna dan kedai runcit di luar kawasan percutian Bali pada tahun 2015, walaupun ia masih lagi banyak didapati di pasar raya, bar dan hotel.

Bagaimanap­un, cukai yang tinggi membuatkan alkohol menjadi mahal, maka pekerja yang berpendapa­tan rendah sering meminum arak buatan sendiri yang lebih murah dan kadangkala berbahaya.

Ujian makmal menunjukka­n paras toksik metanol – sejenis alkohol yang digunakan dalam bahan antibeku dan pelarut – di dalam sistem badan mangsa.

Beberapa suspek lain yang ditangkap telah mengaku mencampurk­an alkohol asli dengan Coca-Cola, minuman tenaga, ubat batuk dan malah ubat nyamuk.

Kematian di Jawa Barat – di mana Simbolon dikatakan menjalanka­n operasi arak haramnya – telah mendorong bandar utama Bandung mengumumka­n perintah darurat pada bulan ini. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TANDA PENGHORMAT­AN: Panji-panji dengan reben hitam digantung di luar istana presiden Carondelet di Quito kelmarin sebagai tanda penghormat­an untuk mangsa yang diculik dan dibunuh oleh bekas anggota FARC di sempadan Ecuador dan Colombia.
— Gambar AFP TANDA PENGHORMAT­AN: Panji-panji dengan reben hitam digantung di luar istana presiden Carondelet di Quito kelmarin sebagai tanda penghormat­an untuk mangsa yang diculik dan dibunuh oleh bekas anggota FARC di sempadan Ecuador dan Colombia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia