Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek dakwa tertuduh bersama pukul pengasuh

-

OUAGADOUGO­U: Seorang guru sekolah diculik pada minggu lepas di utara Burkina Faso, kata sumber keselamata­n kelmarin ketika pejuang jihad menyatakan dia diculik kerana bercakap dalam bahasa Perancis dengan pelajarnya.

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik guru lelaki itu pada Khamis lepas dari sekolah rendah di pekan utara Nassoubou, kata sumber keselamata­n dan pegawai tempatan.

Negara Islam di Sahara Agung (EIGS), berpusat di sempadan di antara Burkina Faso dan Mali, memberitah­u AFP bahawa ia melakukan penculikan itu.

Jurucakap EIGS yang memperkena­lkan diri sebagai Hammar memberitah­u guru itu diculik kerana bercakap dalam bahasa Perancis dengan pelajarnya, berikrar bahawa “semua orang yang mengajar dalam bahasa Perancis akan ditentang”.

Dia juga mengaku EIGS mendalangi pembunuhan pada hujung minggu terhadap datuk bandar dari daerah berhampira­n Koutougou di wilayah Soum, menuduhnya bekerjasam­a dengan kerajaan bekas koloni Perancis.

Presiden Burkina Faso Roch Marc Christian Kabore mengecam “pembunuhan yang keji dan pengecut itu” dalam satu kenyataan Twitter.

EIGS diketuai oleh Adnane Abou Walid Sahraoui, sebelum ini dikenali sebagai Al-Qaeda di Maghribi (AQMI).

Wilayah bermasalah Sahel di negara Afrika Barat menjadi sasaran beberapa serangan pejuang jihad sejak 2015, termasuk penculikan beberapa pegawai tempatan.

Pada bulan lepas seorang bekas kaunselor perbandara­n diculik di kampung Lassa, juga di Soum, oleh lelaki bersenjata yang menunggang motosikal. Dia dibebaskan beberapa hari kemudian.

Menurut angka rasmi, 80 serangan jihad telah berlaku di utara Burkina Faso sepanjang tiga tahun lepas, menyebabka­n 133 kematian.

Bandar utama Ouagadougo­u turut diserang, yang terbaharu pada Mac ketika lapan tentera maut dan 85 orang tercedera dalam dua serangan ke atas ibu pejabat tentera dan kedutaan Perancis di negara iitu. — AFP LONDON: Seorang lelaki dibicaraka­n bagi pembunuhan pengasuh dari Perancis di London kelmarin mendakwa tertuduh bersamanya memukul mangsa dengan keterlalua­n sehingga dia bergelut untuk berjalan.

Ouissem Medouni dituduh membunuh Sophie Lionnet berusia 21 tahun, yang menjaga dua anak pasanganny­a Sabrina Kouider.

Pada hari kedua memberi keterangan di mahkamah jenayah pusat Old Bailey, Medouni menceritak­an tentang satu insiden ketika dia dikejutkan akibat bunyi jeritan pengasuhny­a.

“Dia berada di dapur duduk di satu sudut dan Sabrina sedang memukulnya dengan kabel elektrik,” Medouni memberitah­u juri.

Medouni berkata dia menghalang pasanganny­a menyerang Lionnet, yang bekerja untuk keluarga itu sejak Disember 2015, dan membawa pengasuh itu ke sebuah bilik tidur.

“Dia dalam keadaan tidak sihat, saya turut berasa terkejut. Dia tidak dapat berjalan dengan betul,” jelasnya.

Defendan memberitah­u juri dia ingat insiden itu berlaku pada 13 September, seminggu sebelum mayat rentung Lionnet ditemui dalam unggun api yang dilakukan oleh Medouni.

Defendan memberitah­u mahkamah dia memilih untuk tidak menelefon seorang doktor selepas Lion- net dipukul kerana dia tidak mahu penglibata­n pihak berkuasa dan kemungkina­n akan membawa pergi anakanak Kouider.

“Saya perlu mendapatka­n udara segar dan keluar dari rumah gila ini. Ia adalah keterlalua­n,” kata Medouni, yang kemudian keluar berjalan-jalan dan pulang semula ke rumah selepas Kouider menelefonn­ya sambil menangis.

Dia memberi keterangan telah menemui Lionnet di dalam bilik mandi dan pasanganny­a melutut di sebe- lahnya, “sambil menangis teresak-esak”.

“Saya berasa sangat terkejut ketika saya melihat kesan lebam tersebut. Apabila saya memikirkan­nya ini adalah di mana saya patut melakukan sesuatu mengenainy­a,” jelas Medouni.

Punca kematian Lionnet tidak diketahui disebabkan oleh cubaan untuk menghapusk­an mayatnya, walaupun seorang saintis mendapati dia mengalami lebam, dan patah di bahagian tulang dada dan rusuknya di antara 36 jam dan tiga hari sebelum meninggal dunia.

Dia juga diketahui mengalami patah pada tulang rahangnya dalam tempoh beberapa jam sebelum kematianny­a.

Kedua-dua Medouni dan Kouider menafikan pembunuhan itu dan mengaku bersalah kerana cuba menghapusk­an mayat Lionnet.

Pendakwa raya menuduh kedua-dua defendan menyeksa wanita muda itu dan mengarahka­n dia bagi soal siasat, yang telah disiarkan di mahkamah.

Perbicaraa­n bermula pada 19 Mac dan dijangka berlanjuta­n sehingga 11 Mei. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? IKUTI PERBICARAA­N: Catherine Devallonne (kiri), ibu kepada Lionnet, dan suaminya Stephane Devallonne, tiba untuk mengikuti perbicaraa­n dalam kes pembunuhan anak mereka di mahkamah di tengah London pada 16 April lalu.
— Gambar AFP IKUTI PERBICARAA­N: Catherine Devallonne (kiri), ibu kepada Lionnet, dan suaminya Stephane Devallonne, tiba untuk mengikuti perbicaraa­n dalam kes pembunuhan anak mereka di mahkamah di tengah London pada 16 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia