Utusan Borneo (Sarawak)

Boko Haram bunuh tiga tentera Chad

-

N’DJAMENA: Tiga anggota tentera Chad terbunuh dalam pertempura­n dengan pejuang jihad Boko Haram pada Ahad lepas, lapor televisyen negara Chad kelmarin.

Ketiga-tiga mereka diberi anugerah selepas kematian oleh ketua kakitangan tentera Chad, menurut laporan, sambil menambah mereka dikebumika­n di tanah perkuburan tentera N’Djamena.

Laporan tidak memberi maklumat mengenai di mana pertempura­n itu berlaku.

Seorang sumber tentera berkata pertempura­n berlaku pada Ahad antara Boko Haram dan anggota tentera Pasukan Petugas Bersama Multinasio­nal (MNJTF) di Arge di daerah Abadam di Nigeria, yang berada di sempadan dengan Chad.

Tiga tentera MNJTF terbunuh, menurut sumber, tanpa menjelaska­n sama ada mereka adalah rakyat Chad.

MNJTF telah meronda kawasan Lake Chad selama beberapa tahun di sepanjang “jawatankua­sa pemerhati” awam bagi menghalang kepulangan Boko Haram ke wilayah tersebut.

Di bahagian Nigeria di sempadan, MNJTF sedang menjejaki pejuang jihad di salah sebuah kubu kuat utama mereka di Hutan Sambisa di Wilayah Borno di timur laut negara.

Boko Haram kebanyakan beroperasi di tempat asalnya Nigeria, di mana ia melakukan serangan maut dan penculikan.

Kumpulan pejuang jihad turut beroperasi di beberapa negara berhampira­n dengan Nigeria seperti Chad, Cameroon dan Niger.

Sejak 2009, lebih 20,000 orang maut di Nigeria sahaja, mangsa akibat tindakan dan pertempura­n Boko Haram dengan tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia