Utusan Borneo (Sarawak)

Gabenor AS mungkin terbabit jenayah feloni: Pegawai

-

CHICAGO: Gabenor Republikan di Missouri, Eric Greitens, berdepan cabaran perundanga­n yang baharu kelmarin ketika beliau menepis permintaan bagi peletakan jawatannya berhubung dengan skandal seks melibatkan seorang bekas perempuan simpanan.

Peguam negara menyatakan Greitens mungkin telah melakukan feloni dengan menggunaka­n satu senarai penyumbang kebajikan tanpa kebenaran untuk mengumpul dana bagi kempen- nya pada 2016.

“Sekiranya terbukti, tindakan ini mungkin bersamaan dengan pengambila­n dan penggunaan harta benda tanpa kebenaran, dalam kes ini, barangan elektronik,” kata Peguam Negara Josh Hawley di sidang media.

“Di bawah undang-undang Missouri, ini dikenali sebagai campur tangan komputer. Dan berdasarka­n nilai bagi senarai yang dipersoalk­an, ia merupakan satu feloni,” jelas beliau.

Badan kebajikan yang menjadi tumpuan bagi dakwaan adalah The Mission Continues, yang membantu anggota veteran tentera Amerika Syarikat (AS) menyesuaik­an siri dengan kehidupan biasa.

Greitens, beliau sendiri seorang veteran tentera, memulakan badan kebajikan itu pada 2007 dan meninggalk­an ia pada 2014.

Gabenor itu menyatakan tuduhan adalah “tidak munasabah.”

Greitens telah berdepan dengan permintaan bagi peletakan jawatannya atau kemungkina­n pendakwaan berpunca daripada satu hubungan sulit dan tuduhan bahawa dia cuba memeras ugut perempuan simpananny­a dengan gambar bogel yang diambilnya.

Greitens dijadual akan dihadapkan dalam perbicaraa­n pada bulan depan bagi satu pencabulan feloni untuk dakwaan privasi berpunca daripada cubaan peras ugut.

Satu laporan siasatan dikeluarka­n pada minggu lepas oleh badan perundanga­n negara yang dikawal oleh Republikan menuduh Greitens berkelakua­n kasar terhadap perempuan simpananny­a. Laporan itu dianggap sebagai langkah pertama bagi kemungkina­n pendakwaan.

Gabenor itu menafikan tuduhan dan menyatakan beliau terlibat dalam hubungan suka sama suka yang merupakan satu kesilapan peribadi namun tidak sampai ke peringkat sebarang salah laku rasmi. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia