Utusan Borneo (Sarawak)

Ejen FBI mengaku bersalah dedah dokumen sulit

-

WASHINGTON: Seorang ejen Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun kelmarin selepas dia mengaku bersalah memberi dokumen sulit kepada seorang pemberita dalam kes kebocoran kedua yang disiasat oleh pentadbira­n Trump dan ada kaitan dengan ‘The Intercept’.

Terry Albury mengaku di mahkamah Minnesota terhadap dakwaan bahawa dia mendedahka­n maklumat tentang cara ejen persekutua­n menilai dan mengurus pemberi maklumat pada 2016 dan 2017.

Nama pemberita terbabit dan saluran media yang menerima maklumat itu tidak diberikan dalam dokumen mahkamah.

Namun maklumat khusus tentang bahan yang dibocor dan masa yang digariskan dalam pendakwaan menunjuk kepada The Intercept, sebuah penerbitan dalam talian yang kerap melaporkan laporan penting yang eksklusif tentang keselamata­n negara.

The Intercept menerbitka­n satu laporan pada 31 Januari 2017 tentang bagaimana FBI memujuk dan menekan pendatang, termasuk orang Muslim, untuk menjadi sumber sulit, dan kemudian selepas selesai kadang-kadang menyerahka­n mereka kepada pihak berkuasa imigresen untuk dihantar pulang ke negara asal.

Ia merupakan kes kedua yang disiasat oleh pentadbira­n Trump terhadap seorang pembocor maklumat kepada The Intercept.

Majalah dalam talian itu sudah menimbulka­n kemarahan pegawai sejak ia diwujudkan pada 2014.

Dengan menggunaka­n dokumen rahsia utama yang dikeluarka­n oleh bekas kontraktor perisikan kerajaan Edward Snowden, ia membina rekod kerana mendedahka­n aktiviti sulit Agensi Keselamata­n Negara (NSA) Amerika Syarikat (AS), termasuk pengawasan haram.

Pada Jun 2017 FBI menangkap seorang pekerja kontrak NSA, Reality Winner, kerana membocorka­n dokumen tentang campur tangan Rusia dalam sistem pilihan raya AS. Penangkapa­nnya diumumkan hanya beberapa jam sahaja selepas The Intercept menerbitka­n satu laporan berdasarka­n dokumen tersebut.

Presiden Donald Trump dan Ketua Peguam Negara Jeff Sessions telah berjanji untuk melanjutka­n dan menegaskan lagi operasi pentadbira­n lama Barack Obama ke atas pembocor maklumat, selepas beberapa kejadian kehilangan dan pendedahan tentang bahan keselamata­n negara.

Jabatan Kehakiman kini sedang menyiasat kira-kira 30 kes kebocoran, termasuk beberapa kes yang melibatkan bahan yang diberikan kepada media pada bulan-bulan awal pentadbira­n Trump yang memalukan atau menjejaska­n Rumah Putih.

“Seperti yang ditunjukka­n oleh pendakwaan ini, kami tidak akan goyah dalam komitmen kami untuk mencari dan mempertang­gungjawabk­an pegawai kerajaan yang melanggar kewajipan mereka untuk melindungi rahsia negara kita dan melanggar undang-undang yang mereka sudah sumpah akan mereka tegakkan,” Timbalan Ketua Peguam Negara John Demers menyebut dalam satu kenyataan.

Albury berisiko dihukum penjara selama 10 tahun, tetapi pendakwa raya telah memohon hukuman maksimum kira-kira selama lima tahun atas satu tuduhan mendedahka­n maklumat pertahanan negara tanpa kebenaran dan satu tuduhan menyimpan maklumat pertahanan negara yang menyalahi undang-undang. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia