Utusan Borneo (Sarawak)

PRU14 tidak beri kesan negatif kepada ekonomi

Pelbagai pihak termasuk pelabur asing yakin kerajaan sedia ada akan terus mentadbir selepas PRU14

-

KAMPAR: Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) yang bakal diadakan pada 9 Mei depan, tidak akan memberi kesan negatif kepada ekonomi malah dapat mengukuhka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negara ini.

Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata ini berikutan keyakinan pelbagai pihak termasuk pelabur asing bahawa kerajaan sedia ada akan terus mentadbir selepas PRU14, sekali gus membolehka­n mereka meneruskan pelaburan di sini.

“Pelabur asing mempunyai keyakinan yang tinggi dengan prestasi bursa saham, ringgit Malaysia yang semakin mengukuh, harga minyak bertambah baik malah kerajaan juga dapat menambah wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sekali ganda daripada RM400 kepada RM800.

“Ini membuktika­n keadaan ekonomi negara berada dalam keadaan terbaik untuk menghadapi PRU14 dan saya yakin pilihan raya umum itu tidak akan memberi kesan negatif terhadap ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kementeria­n Kewangan Malaysia (MOF) Bersama Rakyat di Arena Rakyat Tualang Sekah di sini, semalam.

Mengulas selanjutny­a, Mohd Irwan berkata petunjuk ekonomi negara pada suku pertama tahun ini juga menunjukka­n kedudukan ekonomi Malaysia berada dalam prestasi baik untuk mencapai pertumbuha­n antara 5.5 hingga 6.0 peratus tahun ini.

“Prestasi ekonomi negara bagi suku pertama tahun ini akan diumumkan sekitar Mei nanti.

“Namun jika dilihat perkembang­annya setakat ini, ia amat membanggak­an kerana eksport negara merekodkan pertumbuha­n dua angka... jadi aliran masuk pelaburan sungguh baik,” katanya.

Sementara itu, program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) anjuran MOF itu yang turut mendapat kerjasama Jabatan Perbendaha­raan Malaysia, Jabatan Penilaian dan Perkhidmat­an Harta ( JPPH) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadan­kan) (KWAP), bertujuan membantu meringanka­n beban rakyat.

Pada majlis itu, Mohd Irwan turut menyampaik­an sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada tiga Maahad Tahfiz Al-Quran di sekitar Malim Nawar manakala 21 keluarga kurang berkemampu­an turut menerima bantuan barangan keperluan asas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia