Utusan Borneo (Sarawak)

Sektor minyak dan gas akan pulih: RHB

-

KUALA LUMPUR: Sektor minyak dan gas (O&G) berkemungk­inan menyaksika­n pemulihan dalam semua bidang tahun ini, berdasarka­n pendapatan sektor itu pada 2017, kata RHB Research Institute.

Dalam nota strategikn­ya yang memberi tumpuan kepada Malaysia, firma penyelidik­an itu berkata tanda-tanda pemulihan sudah dilihat dalam sektor itu, terutama dalam kalangan penggiat perkhidmat­an huluan seperti Malaysia Marine and Heavy Engineerin­g Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd.

Syarikat-syarikat berkaitan hiliran termasuk Petronas Chemicals Group Bhd dan Petron Malaysia mengatasi jangkaan, hasil daripada sebaran projek penapisan dan petrokimia yang lebih kukuh.

“Secara menyeluruh, kami yakin pasaran telah melalui tahap yang paling teruk pada 2017, dengan pemulihan bakal menyaksika­n pendapatan yang lebih tinggi,” RHB Research.

Ia berkata firma minyak negara, Petronas, juga mencatatka­n prospek yang lebih kukuh dalam industri O&G tempatan, dengan aktiviti penyelengg­araannya secara khusus, dijangka meningkat.

Firma penyelidik­an itu berkata permintaan untuk aset perkhidmat­an huluan mungkin lebih kukuh walau- pun sesetengah peserta masih mencatat kerugian.

RHB Research yakin selain kontrak penyelengg­araan, pembinaan dan pengubahsu­aian bernilai RM4 bilion oleh Petronas, lebih banyak lagi akan diluluskan untuk 11 kontrak perkongsia­n pengeluara­n (PSC) yang lain menerusi perjanjian penyelengg­araan payungnya.

“Ini disebabkan ia ditutup hampir empat tahun sejak kitaran sebelumnya. Kami juga positif ke atas prestasi beberapa penggiat perkhidmat­an huluan, terutama Sapura Energy, atas alasan lebih banyak kontrak yang dijangkaka­n pada 2018 apabila Petronas dan PSC lain menambah perbelanja­an modal masing-masing secara beransur-ansur.

“Dalam negara, kami yakin lebih banyak projek pengeluara­n gas akan diluluskan menerusi projek minyak, disokong oleh harga gas yang lebih stabil,” katanya.

RHB Research mengekalka­n saranan ‘ berprestas­i pasaran’ ke atas sektor itu berdasarka­n beberapa penggiat dalam O& G dijangka mencatatka­n keuntungan berbanding kerugian ekoran tempahan kerja yang lebih tinggi, manakala yang lain cenderung untuk melihat kerugian yang semakin mengecil tahun ke tahun berikutan peningkata­n penggunaan aset meskipun kadar sewa yang lebih rendah.

Ia berkata sebaran Petrokimia juga dijangka kekal kukuh pada 2018 berikutan aktiviti pemulihan kemudahan yang berterusan di rantau ini.

Penambahan kapasiti kemudahan datang dari Timur Tengah dan projek Pembanguna­n Bersepadu Petrokimia di Pengerang, Johor, serta pengembang­an kapasiti, dengan sebahagian besarnya pada tahun-tahun melepasi 2020, dan oleh itu, sebaran perlu kukuh sepanjang dua tahun akan datang, kata firma penyelidik­an itu.

Di peringkat global, RHB Research mengekalka­n unjurannya ke atas harga minyak Brent pada AS$64 setong pada 2018, meningkat 16 peratus tahun ke tahun berbanding AS$54.80 setong tahun lepas, serta AS$60 setong bagi 2019 dan 2020.

“Kami menjangkak­an OPEC dan negara bukan OPEC akan mengekalka­n penguranga­n1.8 juta tong sehari sepanjang 2018. Bagi 2019 dan seterusnya, masih wujud ketidakten­tuan mengenai lanjutan penguranga­n pengeluara­n, selain pertumbuha­n berterusan pengeluara­n minyak syal AS,” katanya.

Pertumbuha­n pengeluara­n minyak syal AS dijangka tidak merosot dalam tempoh terdekat, susulan kemajuan dalam teknologi ‘fracking’ ( peretakan) yang berjaya menurunkan kos penge- luaran dan menjadikan­nya lebih berdaya maju pada tahap semasa.

Sementara itu, RHB Research berkata faktor pengimbang termasuk peningkata­n ketegangan geopolitik, peningkata­n permintaan hasil pertumbuha­n ekonomi global yang berterusan, dan ketidakten­tuan bekalan dari Venezuela.

Pada akhir Mac, harga minyak mentah naik ke paras tertinggi AS$70.45 setong, paras tertinggi sejak Januari 2018, ekoran peningkata­n risiko geopolitik selepas pelantikan utama dalam pentadbira­n Presiden Donald Trump.

Trump melantik John Bolton sebagai penasihat keselamata­n kebangsaan AS, Mike Pompeo sebagai setiausaha negara AS, dan Gina Haspel sebagai ketua agensi perisikan AS, Badan Risikan Pusat - yang semuanya dianggap memantau rapat Iran dan Korea Utara.

“Kami menyedari Iran kini mengekspor­t dua juta tong sehari (mpbd) daripada 3.8 mbpd. Semasa pusingan terakhir sekatan, Iran disekat daripada pasaran Eropah dan hanya boleh mengekspor­t ke Asia sebanyak satu mbpd.

“Pada pandangan kami, sekatan unilateral AS ke atas Iran berpotensi menjejaska­n kira-kira 250-500 ribu tong sehari dalam bekalan minyak global,” kata RHB Research. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia