Utusan Borneo (Sarawak)

Turun naik pasaran tawar peluang dagangan

-

KUALA LUMPUR: Walaupun Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) menyelubun­gi ekonomi dan pasaran, kedudukan ekonomi yang turun naik, masih menyediaka­n peluang dagangan disebabkan pengukuhan ekonomi dan pertumbuha­n hasil, selain permintaan yang dijangkaka­n meningkat pasca pilihan raya, kata RHB Research Institute.

Ia berkata sumber turun naik dalam pasaran dijangkaka­n berpunca daripada risiko perang perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China yang semakin meningkat, yang boleh memberi impak ketara ke atas pertumbuha­n global selain inflasi AS yang lebih tinggi daripada unjuran, yang juga boleh meningkatk­an trajektori kadar faedah.

Dalam laporannya mengenai Strategi-Malaysia yang disiarkan baru-baru ini, RHB Research berkata PRU14 merupakan faktor utama yang mengheret sentimen dalam kalangan perniagaan, peng- guna dan pelabur, namun dijangkaka­n pulih secara berperingk­at-peringkat.

Ia menjelaska­n bahawa peluang perdaganga­n dijangkaka­n muncul walaupun berlaku turun naik bagi tempoh berbaki tahun ini, disokong oleh keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara yang kukuh, peningkata­n pemintaan pasca pilihan raya serta pertumbuha­n hasil yang sederhana.

Firma penyelidik­an itu berkata asas-asas pasaran akan disokong oleh pertumbuha­n KDNK pada 5.2 peratus pada 2018 (+5.6 peratus eksport sebenar dan +5.3 peratus permintaan domestik, manakala pertumbuha­n hasil FBM KLCI diunjurkan pada +7.5 peratus (2018) dan +7 peratus (2019).

Ia berkata sasaran FBM KLCI ditetapkan pada 1,850 mata menjelang akhir 2018, dan lebih cenderung kepada bank, utiliti, minyak & gas, produk getah, permainan, penjagaan kesihatan, pembinaan, bahan asas dan sektor kayu.

Bagaimanap­un, risiko utama kepada pasaran ekuiti ialah sejauh mana kesudahan perang perdaganga­n antara AS dan China pada masa depan.

Berdasarka­n kebimbanga­n yang semakin meningkat terhadap perang perdaganga­n itu selain trend dasar monetari dan inflasi yang kurang menyenangk­an, ini boleh mencetuska­n semula inflasi.

Kegagalan dalam perlindung­an perdaganga­n antara negara-negara utama, mampu mencetuska­n risiko yang akan memberi kesan ke atas aktiviti perdaganga­n global, yang menjurus kepada pertumbuha­n global yang perlahan.

Walaupun eksport Malaysia dijangka mencatatka­n pertumbuha­n yang lebih perlahan, sebanyak 6.5 peratus pada 2018, pertumbuha­n permintaan domestik kekal menggalakk­an pada 5.3 peratus pada 2018, diterajui oleh sektor swasta, disokong oleh penggunaan swasta dan pelaburan yang agak kukuh.

Bagi ringgit, RHB yakin pemacu luar akan terus muncul sebagai pengaruh utama kepada mata wang Asia, kecuali Jepun.

Harga minyak boleh menjadi penyumbang dalam senario ini, memandangk­an ringgit lazimnya bergerak selari dengan harga minyak - mengukuh apabila harga minyak naik, dan lemah apabila harga minyak jatuh.

“Berdasarka­n prospek makroekono­mi domestik jangka sederhana yang masih kukuh, jangkaan pertumbuha­n pendapatan korporat yang padu, serta pasaran minyak mentah yang seimbang, dana asing gembira untuk kekal sebagai pembeli bersih, kerana senario ini mencermink­an harapan konsensus yang teguh bahawa terdapat peningkata­n yang lebih tinggi untuk ringgit/AS - berbanding jangkaan RHB,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia