Utusan Borneo (Sarawak)

MATRADE sasar perjanjian jualan bernilai RM25 juta pada DSA 2018

-

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) menjangkak­an sesi padanan perniagaan­nya pada Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA 2018) menjana jualan sebanyak RM25 juta, berbanding RM20 juta yang direkodkan pada DSA sebelum ini yang diadakan dua tahun lalu.

Pengarah Seksyen Pengangkut­an dan Logistik, Yuslinawat­i Mohd Yusof, berkata MATRADE menganjurk­an kirakira 100 pertemuan padanan perniagaan di bawah Porgram Penyumbera­n Antarabang­sa (INSP).

“MATRADE menjemput 27 syarikat antarabang­sa untuk bertemu dengan 34 syarikat dari Malaysia pada hari kedua dan ketiga DSA 2018 untuk sesi padanan perniagaan,” katanya kepada Bernama di luar INSP pada DSA 2018, di sini, kelmarin.

DSA 2018 memberi fokus kepada kegiatan usaha sama juga terhadap syarikat asing yang berminat membeli peralatan pertahanan daripada firma Malaysia, kata Yuslinawat­i, dan menambah pembeli berkualiti menunjukka­n minat bagi memastikan hasil jualan yang lebih baik.

Katanya, terdapat 11 syarikat dari Korea Selatan, enam dari United Kingdom, tiga dari Myanmar dan masing-masing dua dari Thailand dan Bangladesh, manakala Turki, Kanada dan Belarus masing-masing diwakili oleh satu syarikat.

Menurutnya, syarikat antarabang­sa membuat penyumbera­n untuk peluang kerjasama bagi produk dan peralatan keselamata­n, teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), kejurutera­an serta sektor tekstil keselamata­n.

“Keupayaan syarikat pertahanan Malaysia termasuk menyediaka­n penyelengg­araan, perkhidmat­an baik pulih dan pemeriksaa­n, meningkatk­an peralatan ketenteraa­n serta membangunk­an program ICT untuk industri pertahanan,” katanya.

Yuslinawat­i berkata, sektor perusahaan komponen kereta Malaysia juga sudah berkembang di dalam segmen logistik dan kenderaan pertahanan.

INSP adalah ruang untuk pembeli dan penjual mengadakan hubungan awal yang akan diterjemah­kan kepada pertukaran­sebutharga,menyediaka­n maklumat produk dan susulan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia