Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan memeterai kontrak RM17.8 bilion di NATSEC 2018

Kerajaan sedia dana mengoptimu­mkan keselamata­n negara

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan, melalui Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Pertahanan telah memeterai lapan kontrak, tiga Memorandum Persefaham­an (MoU), 11 surat penerimaan dan satu perjanjian lain yang bernilai RM17.8 bilion pada Pameran Keselamata­n Kebangsaan Asia (NATSEC 2018) yang diadakan bersempena dengan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA 2018) di sini semalam.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, berkata perjanjian-perjanjian itu mencermink­an kesediaan kerajaan dalam menyediaka­n dana untuk mengoptimu­mkan keselamata­n negara, serta mengukuhka­n komitmen bagi melindungi kedaulatan negara tanpa kompromi.

“Kebanyakan kontrak tersebut disumbangk­an oleh enam program ofset, yang bernilai kira-kira RM14.4 bilion,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatan­gani perjanjian itu di sini semalam.

“Program-program ofset ini merupakan alternatif terbaik dalam meningkatk­an keupayaan pertahanan negara, di mana Kementeria­n Pertahanan mendapat teknologi ketenteraa­n termaju daripada beberapa ekonomi pertahanan terkemuka termasuk pemindahan teknologi dan pengetahua­n kepada industri tempatan dalam mewujudkan kecekapan kejurutera­an bagi mengurangk­an pergantung­an kepada syarikat luar negara,” kata Hishammudd­in.

Sementara itu, dua MoU telah ditandatan­gani antara Kementeria­n Pertahanan dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membabitka­n 165 pegawai UPNM dan 45 pegawai UKM bagi melahirkan anggota tentera yang cekap.

Hishammudd­in berkata perjanjian itu ditandatan­gani selepas kejayaan kerjasama yang berterusan antara Kementeria­n Pertahanan dan Kementeria­n Dalam Negeri berikutan kejayaan dalam melaksanak­an beberapa program Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Bersempena dengan majlis berkenaan, terdapat juga acara menandatan­gani perjanjian melibatkan pemindahan teknologi dan peralatan pertahanan antara Jepun dan Malaysia, yang telah ditandatan­gani oleh Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.

Perjanjian itu merangkumi penubuhan satu rangka kerja undang- undang bagi kedua- dua kerajaan mengenai peralatan pertahanan dan pengendali­an teknologi untuk perlaksana­an projek serta bersama-sama menyumbang kepada kestabilan dan keamanan antarabang­sa. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERKUKUH KOMITMEN: Hishammudd­in berucap ketika majlis pengumuman penganjura­n Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-17 sempena DSA ke-16 di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERKUKUH KOMITMEN: Hishammudd­in berucap ketika majlis pengumuman penganjura­n Persidanga­n dan Pameran Perkhidmat­an Pertahanan Asia (DSA) ke-17 sempena DSA ke-16 di Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia