Utusan Borneo (Sarawak)

AmBank raih dua Anugerah Kecemerlan­gan E-Pembayaran Malaysia

-

KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd ( AmBank Group) merangkul dua anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan E-Pembayaran Malaysia (MEEA) 2018 berlangsun­g baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, AmBank Group berkata syarikat menerima anugerah ‘Sumbangan Cemerlang kepada JomPAY’ dan ‘Sumbangan Cemerlang kepada MyDebit’, kedua-duanya untuk tahun kedua berturut-turut.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim menyampaik­an anugerah berkenaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Ta- hir.

Sulaiman berkata: “Kami sangat gembira diberi penghargaa­n selama dua tahun berturut-turut.

“Pencapaian ini sememangny­a satu penghormat­an kerana ia menunjukka­n komitmen dan usaha kami dalam menggalakk­an pelanggan dan rakan kongsi kami menggunaka­n JomPAY sebagai sistem eko pembayaran bil boleh diakses, selain penggunaan kad debit sebagai alternatif kepada wang tunai.

“Kami di AmBank komited untuk menyediaka­n penyelesai­an kewangan yang disesuaika­n untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.”

Majlis anugerah itu juga dihadiri Ketua Pegawai Operasi AmBank Group, Datuk Iswaraan Suppiah, CEO AmInvestme­nt Bank Bhd Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz, dan CEO AmBank Islamic Eqhwan Mokhzanee.

MEEA adalah acara tahunan yang mengiktira­f pencapaian cemerlang bank, perniagaan dan agensi kerajaan yang telah menyumbang dengan ketara ke arah kecemerlan­gan, inovasi dan pertumbuha­n pembayaran elektronik di Malaysia.

Ia dianjurkan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), rangkaian pembayaran utama Malaysia dan infrastruk­tur pusat untuk pasaran kewangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia