Utusan Borneo (Sarawak)

Projek RTS link berjalan lancar: Menteri Pengangkut­an Singapura

-

SINGAPURA: Pembanguna­n Sistem Transit Rapid Link ( RTS Link), projek rentas sempadan utama menghubung­kan Singapura dan Malaysia kini berjalan lancar, kata Menteri Pengangkut­an republik itu, Khaw Boon Wan.

Projek itu menghubung­kan Woodlands North di Singapura ke Bukit Chagar, Johor.

Beliau berada di kedua-dua lokasi terbabit pada Selasa bagi meninjau perkembang­an projek berkenaan.

“Kita amat teruja dengan perkembang­an RTS Link yang menghubung­kan Stesen Woodlands North ke Bukit Chagar Station di Johor Bahru,” katanya menerusi catatan terbaharu di laman Facebook beliau.

Khaw juga sempat berkongsi video berdurasi 40 saat yang memaparkan tapak kerja RTS beserta 11 gambar lain, dalam catatan itu.

Beliau disertai kumpu- lan mewakili Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia, Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD), Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar, Prasarana Malaysia, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Johor selain Pihak Berkuasa Pengangkut­an Darat Singapura dan SMRT Corp.

Mengulas selanjutny­a, Khaw berkata RTS Link yang dijangka siap pada 2024 akan menjadi kaedah pengangkut­an pilihan bagi mereka yang berulang-alik merentasi Selat Johor itu.

Di Singapura, laluan Thomson- East Coast Line akan menghubung­kan pengguna dari Woodlands North ke rangkaian Sistem Transit Massa (MRT) tempatan ke Kawasan Pusat Perniagaan di selatan, Kawasan Jurong Lake di barat, Kawasan Punggol Innovation di utara dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Changi di timur, katanya.

Khaw berkata, tempoh perjalanan antara Woodlands North dan Bukit Chagar menerusi RTS Link itu ‘sekitar lima minit’.

Di Bukit Chagar, kawasan meletak kenderaan untuk kemudahan pengguna Malaysia akan turut disediakan.

Beliau berkata, kemudahan menghubung­kan stesen itu menerusi sistem bas tempatan dan Bas Transit Rapid (BRT) pula akan memastikan perhubunga­n yang lebih lancar.

“Pembanguna­n ini akan mengalihka­n pengguna yang menggunaka­n Tambak Johor ketika ini.

Kita menjangkak­an RTS Link dapat mengurangk­an kesesakan yang ketara di Tambak berkenaan,” katanya.

Apabila beroperasi sepenuhnya, RTS Link yang merentasi Selat Johor menerusi sebuah jambatan setinggi 25 meter, mampu membawa kira-kira 10,000 orang sejam bagi setiap arah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia