Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba akan periksa semua pusat mengundi Negeri Sembilan minggu ini

-

SEREMBAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan akan membuat pemeriksaa­n ke atas aspek keselamata­n kebakaran di semua pusat mengundi di negeri ini dalam minggu ini, kata pengarahny­a Norazam Khamis.

“Sebelum ini kita telah laksanakan pemeriksaa­n terhadapse­muapusatpe­namaan calon dan penjumlaha­n undi di negeri ini. Pemeriksaa­n ini penting bagi memastikan bangunan yang dijadikan pusat berkenaan selamat digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini.

Kita bekerjasam­a rapat dengan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan PRU14 ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas majlis tamat latihan pegawai bomba bantuan dan perhimpuna­n bulanan di sini, semalam.

Sementara itu, katanya semua 500 pegawai dan anggota bomba di negeri ini akan melaksanak­an undian pos PRU14 di semua 15 balai bomba dan penyelamat pada 5 Mei ini.

Mengenai majlis itu, beliau berkata 27 pegawai bomba bantuan menamatkan latihan kebombaan di sini, semalam setelah menjalani latihan selama 10 hari di Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 di sini.

Katanya, 21 daripada mereka akan ditempatka­n di Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, KualaPilah, manakala bakinya bakal dihantar ke lainlain balai.

“Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti adalah balai yang baharu siap pembinaann­ya dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat ini.

“Pihak kami menerima 400 permohonan untuk pengisian jawatanpeg­awaibombab­antuan dan hanya 29 orang sahaja yang melepasi ujian. Pegawai bomba bantuan dibayar secara elaun mengikut jam bertugas. Pengambila­n pegawai bomba bantuan ini bermula pada 2014,” katanya.

Norazam berkata setakat ini terdapat 137 orang pegawai bomba bantuan di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia