Utusan Borneo (Sarawak)

Najib rasmi majli pecah tanah PR1MA @ Teluk Intan

-

TELUK INTAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) @ Teluk Intan membabitka­n pembinaan 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini.

Projek bernilai keseluruha­n RM232 juta itu dijangka memenuhi permintaan khusus bagi penduduk Teluk Intan yang berpendapa­tan sederhana (M40).

Rumah yang dibina setingkat dan dua tingkat berharga antara RM185,000 dan RM250,000 itu dijadual siap menjelang 2020.

Buat permulaan, projek fasa pertama terdiri daripada 523 unit rumah satu tingkat dengan harga tidak lebih daripada RM200,000 seunit.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Abdul Mutalib Alias ketika berucap berkata projek itu dijalankan di lokasi yang strategik kerana terletak bersebelah­an Universiti Pendidikan Sultan ldris (UPSI) dan disasarkan siap menjelang akhir tahun ini.

“Menerusi pembinaan projekinij­ugadapatme­mbantu mengubah sosioekono­mi penduduk tempatan untuk menjadi lebih maju,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perusahaan, Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Difahamkan kira-kira 6,000 permohonan diterima bagi rumah PR1MA Teluk Intan.

Sejurus selepas majlis pelancaran itu, Najib ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program bersama rakyat di Dewan Jubli Perak. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DEMI RAKYAT: Najib (kanan) menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia ( PRIMA) Teluk Intan pada majlis perasmian projek tersebut semalam.
— Gambar Bernama DEMI RAKYAT: Najib (kanan) menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia ( PRIMA) Teluk Intan pada majlis perasmian projek tersebut semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Zahid tertarik melihat sotong bersaiz besar ketika meninjau operasi pemprosesa­n makanan laut sejuk beku di Kilang Sen Up Huat Seafood Trading Sdn Bhd di Bagan Datuk semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Zahid tertarik melihat sotong bersaiz besar ketika meninjau operasi pemprosesa­n makanan laut sejuk beku di Kilang Sen Up Huat Seafood Trading Sdn Bhd di Bagan Datuk semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia