Utusan Borneo (Sarawak)

DPMM Pahang tangkis dakwaan MCKIP tutup peluang pekerjaan rakyat tempatan

-

KUANTAN: Dakwaan segelintir pihak kononnya projek Taman Industri Kuantan Malaysia- China ( MCKIP) sberkeluas­an 1,214 hektar di Gebeng di sini hanya menggunaka­n tenaga kerja asing dan tidak menggaji tenaga kerja rakyat tempatan, adalah tidak benar.

Sebaliknya, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Pahang menjelaska­n terdapat lebih kurang 1,200 pekerja tempatan dan hanya 200 pekerja dari China yang bekerja di Alliance Steel (M) Sdn Bhd, syarikat pertama yang beroperasi di MCKIP.

Yang Dipertua DPMM Pahang Yusri Yusof berkata lawatan pihaknya bersama 200 wakil daripada kerajaan negeri, agensi kerajaan dan pemimpinte­mpatandika­wasan perindustr­ian itu Isnin lepas, mendapati kebanyakan pekerja terdiri daripada kaum Melayu dengan gaji antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

“Saya ada bertemu dan bercakap dalam enam orang daripada mereka. Ada lelaki dan perempuan. Mereka beritahu saya bahawa mereka cukup berpuas hati dengan pekerjaan sekarang di kilang itu (Alliance Steel (M) Sdn Bhd).

“Dari segi pekerjaan mereka tiada apa- apa halangan. Menurut mereka tempat kerja dan tempat tinggal di situ sangat selesa. Tiada masalah juga dari segi bekalan makanan kerana di situ terdapat kantin yang diusahakan oleh orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Yusri berkata kebanyakan pekerja tempatan di situ terdiri daripada golongan muda dan mengisi kekosongan jawatan dalampelba­gaibidangt­ermasuk pengurusan, bahagian makmal serta pengendali­an mesin.

“Ada juga yang baharu habis belajar di universiti dan terus bekerja di situ mengikut bidang yang bersesuaia­n dengan kelulusan mereka,” katanya.

Katanya, pengurusan MCKIP juga memberitah­u peserta lawatan bahawa terdapat 1,000 lagi tawaran pekerjaan di kilang tersebut akan dibuka kepada rakyat tempatan minggu hadapan.

Beliau juga menepis tohmahan sesetengah pihak yang mempertika­ikan larangan memasuki Alliance Steel (M) Sdn Bhd sebelum ini, dan menjelaska­n, larangan tersebut dikeluarka­n atas faktor keselamata­n kerana kilang itu masih dalam proses pembinaan, namun kini sudah boleh dilawati.

Kilang tersebut dalam peringkat percubaan mengeluark­an besi untuk dipasarkan sebelum beroperasi sepenuhnya pada Jun tahun ini.

Justeru, Yusri menggesa pihak yang mempunyai tanggapan negatif terhadap projek perindustr­ian itu, termasuk pembangkan­g, supaya masuk dan melihat sendiri keadaan sebenar MCKIP dan Alliance Steel (M) Sdn Bhd.

K a t a n y a t i n d a k a n pembangkan­g yang menuding jari kepada projek tersebut tanpa melihat keadaan sebenar adalah tidak adil kepada masyarakat, pemilik projek dan kerajaan sendiri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia