Utusan Borneo (Sarawak)

MyAid Jelajah Parlimen Kedah tawar perkhidmat­an kesihatan percuma

-

KULIM: Lebih 2,000 pesakit di 13 parlimen di seluruh Kedah mendapat manfaat daripada program Healthy WalkaboutJ­elajah Parlimen oleh badan bukan kerajaan (NGO) MyAid mulai 1 April lepas.

Ketua Kumpulan MyAid Malaysia bagi Jelajah Seluruh Kedah Dr Abdul Mun Im Alias berkata program bergerak kali ini lebih istimewa kerana turut menyediaka­n perkhidmat­an pemeriksaa­n gigi serta-merta jika diperlukan.

“Ramai yang selalu terlepas pandang dengan perkhidmat­an pergigian kerana pelbagai alasan dan disebabkan itu, kami tambah nilaikan jelajah ini dengan membawa doktor gigi.

“Secara tidak langsung, kami mengetahui bagaimana tahap kesihatan gigi serta kesihatan lain penduduk kampung terutamany­a yang jauh daripada perkhidmat­an klinik dan hospital,” katanya ketika ditemui di Kampung Padang Kampung, Merbau Pulas di sini semalam.

Katanya program terse- but membabitka­n 30 doktor muda dan pegawai perubatan daripada pelbagai bidang dari seluruh negara.

Dr Abdul Mun Im berkata bagi setiap parlimen, sekurangku­rangnya 150 rumah akan mereka lawati setiap hari.

“Kami turut membawa hingga 30 jenis ubat-ubatan untuk diberikan kepada penduduk yang memerlukan,” katanya.

Bagi sukarelawa­n, Dr Siti Farah Diyana Zainmoy yang juga doktor gigi berkata pro- gram ini dapat menjadi platform kepada golongan doktor muda untuk meningkatk­an kemahiran komunikasi dengan pesakit.

“Ini adalah cara terbaik untuk doktor muda belajar bagaimana berdepan dengan masyarakat kampung dalam memberi kefahaman mengenai kesihatan.

“Bukan itu saja, kami juga dapat lihat jenis penyakit yang paling banyak dihidapi penduduk di sesebuah kampung,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia