Utusan Borneo (Sarawak)

Perdana Menteri sentiasa peka untuk salurkan peruntukan jutaan ringgit setiap tahun

-

RANAU: Sabah beruntung dalam era kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak peruntukan pembanguna­n termasuk dalam sektor pendidikan disalurkan ke negeri ini semenjak beliau menerajui pentadbira­n negara, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Musa berkata keprihatin­an Najib terserlah tidak hanya kepada Sabah tetapi juga Sarawak apabila perdana menteri sentiasa peka untuk menyalurka­n peruntukan jutaan ringgit setiap tahun kerana menyedari kedua-duanya adalah negeri besar dan memerlukan peruntukan banyak bagi pembanguna­n.

Mengambil contoh perun- tukan RM1 bilion membaiki sekolah daif di Sabah, Musa berkata, belum pernah ada perdana menteri dan menteri kewangan sebelum Najib memberi peruntukan besar seperti itu, namun, dalam era Najib, sektor pembanguna­n pendidikan Sabah semakin diberi perhatian.

“Sebagai ketua menteri, saya sedar bahawa kita memerlukan pembanguna­n ini. Dalam era Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Tun Razak) adalah era yang untung (untuk Sabah) kerana permintaan (peruntukan) kita diberikan bagi membantu rakyat termasuk dalam pendidikan.

“Peruntukan (RM1 bilion membaiki sekolah daif di Sabah) itu bukan sikit tetapi perdana menteri memberi peruntukan tersebut. Beliau adalah seorang perdana menteri berjiwa besar,” katanya berucap merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri di Kompleks Sukan Ranau, di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun yang juga Exco Pendidikan negeri, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin dan Pengarah Pendidikan negeri Datuk Maimunah Suhaibul.

Musa berkata Sabah perlu terus menyokong dan menghargai usaha kerajaan selama ini kerana Sabah kini berada pada landasan tepat dan terbaik untuk terus memacu pemban- gunan fizikal dan juga modal insan ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat.

“Orang Sabah pintar dan baik hati. Jika kerajaan dan pemimpin itu baik sentiasa menolong rakyat, maka (orang Sabah) akan membalas budi dengan kebaikan,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Guru, Musa berkata, kerajaan negeri melahirkan penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada golongan pendidik di Sabah atas komitmen cemerlang mereka melahirkan modal insan berkualiti, berilmu dan berkeperib­adian tinggi di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan terhadap apa juga perancanga­n serta komitmen yang telah dan sedang dilaksanak­an oleh Kementeria­n Pendidikan bagi meningkatk­an lagi tahap profesiona­lisme keguruan di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Maimunah ketika berucap berkata, sebanyak 120 sekolah daif di Sabah sedang dibaik pulih menggunaka­n kaedah pembinaan Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) sejak awal tahun ini.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an anugerah tokoh guru peringkat negeri kepada dua penerima masing-masing bekas Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Kaipin Rosmin dan bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael Penampang Marie Yong Pik Hua. — Bernama KUALA LUMPUR: Pembangkan­g menganggap Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14) adalah pertanding­an populariti untuk melihat calon sebelah mana yang lebih popular, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata nampaknya, tujuan utama pakatan pembangkan­g pada PRU14 ialah meletakkan calon sama ada di kawasan yang mereka rasa mereka pasti menang atau untuk mengalahka­n calon tertentu daripada Barisan Nasional.

“Pakatan pembangkan­g menghantar mesej yang salah kepada rakyat Malaysia. Mencabar seseorang supaya bertanding di kawasan tertentu bagi membuktika­n dia adalah ‘ anak jantan’ bukanlah tujuan pilihan raya yang diadakan secara demokratik.

“Ini bukan pertanding­an tinju untuk membuktika­n siapa lagi gagah dan berani. Apa sudah jadi dengan konsep berkhidmat untuk rakyat?” kata Salleh melalui catatan dalam blognya semalam.

Beliau menegaskan bahawa tujuan pilihan raya umum diadakan adalah untuk memilih kerajaan yang lebih baik atau yang paling baik untuk negara ini.

“Pilihan raya umum bukan peraduan antara ego dan untuk melihat siapa yang menjadi pemenang dalam pertanding­an personalit­i. Ia mengenai siapa yang dapat mentadbir negara ini dengan lebih baik dan untuk masa depan Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia