Utusan Borneo (Sarawak)

BRT pilihan terbaik kurangkan kesesakan di Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan percaya sistem Bas Rapid Transit (BRT) adalah pilihan terbaik pada masa ini untuk mengurangk­an kesesakan trafik terutamany­a di kawasan Kota Kinabalu.

Beliau berkata meskipun penambahba­ikan jaringan sistem bas mini turut penting namun, selepas menjalanka­n pelbagai kajian di bawah Unit Perancanga­n Ekonomi dan agensi-agensi berkaitan, BRT didapati pilihan terbaik untuk mengurangk­an kesesakan trafik.

“Sistem bas mini bukan sahaja menyelesai­kan kebolehgan­tungan, ketepatan waktu atau keselesaan kepada pengguna malah menyelesai­kan masalah kesesakan selain memastikan bas-bas itu tidak terperangk­ap di tengah-tengah kesesakan trafik,” katanya.

Abdul Rahman berkata demikian semasa mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Sabah ( Warisan) Junz Wong kononnya parti itu berupaya menawarkan penyelesai­kan kepada masalah kesesakan trafik di kawasan Kota Kinabalu dan Sepanggar melalui penambahba­ikan sistem bas mini.

Wong turut menuduh Abdul Rahman sebagai tidak memahami rintihan rakyat Sabah yang menggunaka­n bas mini sebagai pengangkut­an harian.

Abdul Rahman berkata Barisan Nasional (BN) sentiasa menyediaka­n penyelesai­an kepada sebarang permasalah­an rakyat berbanding parti Warisan, yang sering merungut tanpa mempunyai sebarang penyelesai­an alternatif yang boleh digunapaka­i membantu rakyat Sabah.

“Memang benar rakyat Sabah perlu ‘melabur’ dalam bentuk tambang yang lebih tinggi untuk mereka menikmati sistem pengangkut­an awam yang lebih baik, tapi yakinlah bahawa kerajaan akan memastikan tambang BRT dalam kemampuan rakyat Sabah,” katanya.

Selain BRT, kerajaan juga meluluskan perluasan jalan raya antara simpang Indah Permai ke Yayasan Sabah dan terus ke Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah bagi mengurangk­an kesesakan trafik sepanjang jalan berkenaan.

Beliau juga kesal kerana ketika rakyat Sabah bersedia dan teruja untuk maju ke hadapan dengan sistem pengangkut­an awam yang baharu ini namun, pada masa sama, Wong dan partinya tidak pasti dengan rancangan untuk rakyat Sabah. — Bernama

 ??  ?? DITURAP: Francis (tiga kiri) menunjukka­n isyarat bagus ke atas jalan raya yang siap diturap.
DITURAP: Francis (tiga kiri) menunjukka­n isyarat bagus ke atas jalan raya yang siap diturap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia